Categories: Filem

[VIDEO] Biar Betul! Alami Kemalangan Serius, Abang Jekfer Terpaksa Jalani Pembedahan

Abang Jekferrrrrrr!!!

Terkenal dengan watak Jekfer menerusi drama Kampung People, terkini Hun Haqeem dilaporkan mengalami kemalangan selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya selepas bermain futsal pada awal pagi Ahad.

Sumber : Instagram @hunhaqeem

Abang Jekfer terpaksa dibedah

Sumber : Instagram @hunhaqeem

Dilaporkan Hun Haqeem mengalami kecederaan yang serius dibahagian kedua-dua tumit kaki beliau dan perlu menjalani pembedahan secepat yang mungkin. 

Menurut, pengurus produksi drama Seindah 7 warna pelangi,  Hun dikatakan baru sahaja menghabiskan penggambaran sebahagian episod drama tersebut dan difahamkan beliau kemudian bermain futsal dan kemalangan tersebut berlaku sebaik sahaja beliau dalam perjalanan pulang.

“Saya difahamkan dia kemudian main futsal dan kemalangan itu berlaku ketika Hun dalam perjalanan pulang ke rumah

“Dia menunggang motosikal namun saya tidak pasti kemalangan membabitkan kenderaan lain atau sebaliknya.

“Dia mengalami kecederaan agak serius di bahagian tumit kaki kanan dan disyaki kena ligamen.

“Dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin hari ini. Paling cepat masuk bilik pembedahan petang atau malam ini kerana Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sentiasa ada banyak kes,” katanya.

Tambahnya lagi, pelakon ini perlu berehat dalam tempoh enam minggu sebelum boleh kembali bekerja seperti sediakala. 

Cari pelakon ganti untuk drama Seindah 7 Warna Pelangi?

Kini saya sedang memantau perkembangan Hun dan sekiranya pelakon terbabit belum pulih, saya akan meminda jalan cerita drama Seindah Tujuh Warna Pelangi.

“Dia dijangkakan perlu berehat dalam empat hingga enam minggu.

“Kami perlu cari inisiatif lain kerana drama 28 episod ini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 sekarang,” Jelasnya.

Perkara ini turut dikongsi menerusi laman instagram pengarah drama tersebut, Eoon Shuhaini mengenai keadaan terkini Hun.

Rakan artis turut meninggalkan ucapan buat Hun, agar beliau kembali sembuh seperti sedia kala.
So, buat peminat drama Seindah 7 Warna Pelangi jangan lupa saksikan drama ini menerusi Youtube TV3 Malaysia setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di TV3.
Salma Syahbuddin