Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: tex_admin August 30, 2019 @ 5:08am

Gambar Sekitar Majlis Menempah Bidan Puteri Sulung Yang Dipertuan Agong, Tengku Iman Afzan

Tengku Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan aktres Julia Rais hari ini menyempurnakan upacara menempah bidan. Acara ini merupakan tradisi utama yang dilakukan kerabat diraja negeri Pahang apabila kandungan bayi mencecah usia 7 bulan.

“Upacara ini menjadi tradisi untuk  kandungan yang pertama, keluarga kami sangat mementingkan tradisi. Ianya harus diperingati supaya kita tidak melupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita.” ujar Tengku Iman Afzan.

Majlis turut dihadiri oleh tetamu diraja Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan seluruh kerabat diraja Pahang. 

Majlis penuh adat istiadat itu dimulai dengan persembahan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia diikuti dengan bacaan Yaasin, tahlil dan berzanji. 

Tengku Puteri Iman Afzan turut menyempurnakan upacara melenggang perut. Pasangan diraja Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas dan kini menanti cahaya mata pertama mereka.

Tahniah buat pasangan diraja!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 27 Aug 2022

Kagum Lihat Perkembangan Fatima! Fazura Akui Cerewet Pilih Pemakanan Anak & Hadkan Gajet

Setiap ibu mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, macam tu jugak dengan Fazura 😊

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023
Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

Tidak Berpantang Cara Orang Melayu, Dr Amalina Beri Tips Lepas Bersalin

Boleh cuba untuk para-para ibu yang baru lepas melahirkan tu

#tilljannah Thu, 15 Sep 2022
Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
Cahaya Mata Mon, 15 Aug 2022

Majlis Gender Reveal Mona Allen Dipersoal Ikut Budaya Barat?

Majlis gender reveal Mona Allen dan Pekin Ibrahim didakwa ikut budaya barat.

Cahaya Mata Wed, 1 Mar 2023
Cahaya Mata Sat, 29 Apr 2023
error: Content is protected !!