Gaya Hidup By: Ad Ops January 24, 2018 @ 7:00pm

11 Cara Atasi Insomnia

Penghidap insomnia atau mereka yang mengalami kesulitan untuk tidur sering kali mengambil pil tidur bagi menyelesaikan masalah. Namun, pengambilan pil tidur haruslah dielak kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga boleh mendatangkan kemudaratan seperti cepat menjadi pelupa, halusinasi, sukar hamil, kemurungan, mudah keliru dan cemas.

Malah, penggunaan pil tidur bagi jangka masa panjang juga boleh mengakibatkan kematian. Justeru, jika anda mengalami insomnia, ada banyak cara lain yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan tidur yang cukup serta berkualiti. Jom semak.

1) Cuba tidur pada masa yang sama setiap hari dan elakkan tidur pada waktu tengah hari. Ia adalah penting untuk mewujudkan serta mengekalkan pola tidur yang tetap dan konsisten.

2) Bersenam secara teratur dan kerap juga mampu meningkatkan kualiti tidur. Seeloknya lakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya tiga jam sebelum merancang untuk tidur.

3) Elakkan jmengambil minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh kerana kesan kafien boleh bertahan selama beberapa jam, malah mungkin sehingga 24 jam sehingga menyebabkan kesukaran memulakan tidur dan kerap terjaga pada waktu malam.

4) Tidak digalakkan makan lewat malam kerana ia boleh mengaktifkan sistem penghadaman. Seeloknya, elak makan dalam tempoh satu jam ke dua jam sebelum tidur. Walau bagaimanapun, pengambilan sedikit snek yang mengandungi protein dan karbohidrat dibenarkan kerana ia boleh meningkatkan paras glukosa di dalam darah sekaligus memudahkan seseorang itu berasa mengantuk.

5) Ambil makanan mengandungi potasium dan magnesium tinggi seperti pisang dan kacang almond kerana ia boleh membuatkan tidur lebih nyenyak. Pengambilan bawang putih, pegaga, buah pala juga dikatakan mampu merawat masalah insomnia.

6) Jangan bawa telefon bimbit ke tempat tidur. Menurut kajian Universiti of Basel, gelombang biru atau radiasi yang dihasilkan oleh telefon pintar atau gajet lain mampu menyekat pengeluaran melatonin iaitu hormon yang membuat anda mengantuk. Jadi, sudah tiba masanya anda menjauhkan telefon sebelum masuk ke kamar tidur.

7) Pastikan persekitaran bilik tidur yang selesa. Menurut beberapa ahli dari Universiti Harvard, 25% orang bujang yang mempunyai bilik berselerak juga antara yang berisiko tinggi menghadapi masalah insomnia. Jadi, pastikan bilik tidur dalam keadaan rapi untuk mendapatkan tidur yang tenang dan nyaman.

8) Pilih dekorasi bilik yang tepat. Menurut ahli psikologi Linda Wasmer Andrews, pemilihan warna dekorasi yang tepat serta pencahayaan yang sesuai turut membantu seseorang itu memiliki tidur yang berkualiti. Tilam yang sesuai juga mempengaruhi tidur seseorang selain membantu mencegah sakit tulang belakang dan punggung.

https://www.decorilla.com/online-decorating

9) Rawatan aromaterapi juga merupakan cara yang berkesan untuk merawat insomnia. Menurut pakar psikiatri dan neurologi dari Chicago, Dr Alan R. Hirsch, bau lavender dan bau masin air laut dapat menstabilkan emosi yang tidak menentu dan mewujudkan rasa ketenangan pada jiwa.

10) Kajian yang dilakukan di Universiti Milan, Itali mendapati mereka yang menggunakan cadar dan selimut yang diperbuat daripada linen lebih mudah melelapkan mata berbanding yang menggunakan kain-kain jenis lain seperti kapas.

11) Cuci kaki dan mandi dengan air suam serta mendengar muzik juga efektif untuk mengatasi masalah insomnia. Apa yang penting, tangani stres kerana ia juga boleh menyebabkan kesukaran tidur.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Cederakan Diri Akibat Kemurungan, Wanita Ini Nekad Mulakan Bisnes Kek Fondant

Pemilik Leenie’s Bakery akui mengakui kemurungan sehingga tahap mencederakan diri sendiri.

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Featured Sun, 10 Jun 2018
Featured Mon, 8 Jan 2018

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Anda Selalu Lakukan

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau […]

Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Ketahui 5 Personaliti Berdasarkan Coklat Kegemaran Anda

Bagi anda yang suka coklat susu, anda adalah seorang yang bijak dan suka menjadi pusat perhatian.

Gaya Hidup Sat, 1 Dec 2018

Pakai iPhone Di China, Anda Dianggap Miskin!

Golongan berpendapatan tinggi di China lebih menggemari jenama Huawei dan Xiaomi.

Gaya Hidup Wed, 4 Dec 2019

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP bantu kanak-kanak Orang Asli

Sumbang 30 sen daripada setiap pembelian

Gaya Hidup Thu, 31 Jan 2019

Apa nak hairan jadi janda, perpisahan dengan CEO jadikan MacKenzie wanita terkaya di dunia!

Bertuahnya dia, harta tujuh keturunan tidak habis makan! 

Featured Mon, 13 Apr 2020

Ekstrak kekwa ungu bantu turunkan berat badan

Turut mempunyai pelbagai kebaikan lain