Categories: Gaya Hidup

9 Kediaman Mewah Paling Privasi Di Dunia, Rumah Terakhir Paling Tricky

Siapa yang tak suka pada privasi kan? Tiada siapa yang akan sibuk tentang hal anda, bahkan bebas melakukan apa saja tanpa pengawasan dan pengawalan.

Pun begitu bagi sesetengah orang tahap privasinya masih boleh dirunding. Tetapi ada juga yang terlalu ‘private’ sehinggakan lokasi kawasan perumahan mereka bukan saja jauh dari hiruk-pikuk kota, malah berselindung di balik batu, pokok dan di tebing bukit.

Anda tak percaya? Baca artikel ini.

1 . Rumah agam ngarai, Utah, Amerika Syarikat

Foto : Shareably

Rumah ini dibina pada tahun 1986 oleh sepasang suami isteri yang inginkan sebuah kehidupan persis berbulan madu sepanjang hayat. Kini, terdapat tour yang boleh anda ikuti jika berhajat untuk melawat rumah ini.

2 . Rumah tepi gaung, Coquimbo, Chile

Foto : Shareably

“Bukit jangan cakap Cik Hasnah, bapak saya cakap, kalau nak buat rumah, baik di atas Cameron Highlands.”

Itulah petikan dialog dalam filem Madu Tiga. Rumah moden ini terletak di negara Chile dan mempunyai dua tingkat. Pelancong boleh melawat rumah ini dengan mengikuti agen tour.

3 . Banglo di hutan Pines, Kanada

Foto : Shareably

Rumah mewah ini dibina di tengah hutan pine, dan bermalam di sini umpama berada dalam filem Twilight. 

4 . Vila Vals, Vals, Switzerland


Undang-undang tempatan tidak membenarkan penduduk di sini membina rumah yang tinggi kerana bimbang mengganggu landskap berbukit di Vals.

Maka seorang arkitek telah berfikir di luar kotak dan terbinalah sebuah rumah yang unik. Anda boleh menyewa rumah ini untuk bercuti bersama keluarga.

5 .Rumah persis bunker di Texas

Foto : Shareably

Jika dilihat dari luaran, ia kelihatan seperti sebuah bukit yang dilitupi oleh rumput. Namun, rumah ini dibina dengan dekorasi moden serta dilengkapi dengan kolam renang. 

6 . Chalet tepi tasik, Hordaland, Norway

Foto : Shareably

Rumah ini dibina bertujuan untuk mengekalkan panorama di sekitar tasik tersebut. Jika dilihat dari jauh, seperti tiada perubahan namun, rumah ini dilengkapi dengan perabot dan peralatan moden.

7 . Rumah di atas kompleks beli-belah, Hunan, China

Foto : Shareably

Rumah unik ini dibina di atas sebuah kompleks beli-belah dan disebabkan populasi di Hunan mencecah 4 juta penduduk, arkitek muncul dengan idea unik ini. 

8 . Rumah gurun, California

Foto : Shareably

Rumah ini dibina di pertengahan gurun di California. Dibina daripada konkrit, besi, tembaga dan kaca, ia tampak lebih menarik menjelang malam, terutamanya saat matahari terbenam. 

9 . Hotel mikrokiub, Lapland, Sweden

Foto : Shareably

Dinding luaran hotel ini yang dibina menggunakan pantulan cermin telah memberi refleks seperti tiada sebuah bangunan yang terbina jajaran hutan tersebut. Konsep mencintai alam sekitar menjadi asas terhadap pembinaan hotel berkenaan. 

Sumber : Shareably

Yanie Baharom