Categories: Gaya Hidup

Anda Suka Berselfie? Supermodel Antarabangsa Cindy Crawford Kongsikan Tip Untuk Dapatkan Foto Yang Menjadi

Trend berswafoto dah lama ada dan mereka yang gemarkan aktiviti ini besar kemungkinan dah tahu trick atau cara-cara untuk menangkap gambar selfie yang perfect.

Angle, lighting, ekspresi muka… semua kena betul!

Dan biasalah, mungkin anda kena tangkap lebih daripada 20 foto, baru jumpa yang perfect untuk dimuat naik di laman media sosial.

Bagi anda yang baru nak mula menjinak-jinakkan diri dengan seni swafoto ini, ada satu teknik basic yang anda perlu tahu.

Tip ini dikongsikan oleh supermodel antarabangsa Cindy Crawford yang menurut akaun Instagramnya pandai berselfie.

Kalau anda menggunakan telefon bimbit anda untuk menangkap selfie anda, tangan anda mungkin terketar-ketar atau tak stabil. Kerana nak tekan butang shutter itu pun phone anda dah bergoyang.

No problem! Teknik mudah untuk pastikan gambar anda tak blur adalah dengan menggunakan timer! 3 saat pun dah cukup.

Setkan dulu timer di aplikasi kamera phone anda. Klik butang shutter dan kemudian panjangkan tangan semula. Bersedia!

Time inilah baru anda tunjukkan pose yang diingini kepada lensa kamera anda! Tak adalah nanti tergopoh-gapah nak tekan butang shutter itu. Tangan anda pun gerenti tak bergoyang apabila foto itu ditangkap, betul tak?

Senang, kan? Jom cuba! Selepas dah biasa, anda boleh cuba mahirkan diri dengan selfie trick yang lain pula.

Sebelum itu, jom tengok dulu foto-foto selfie Cindy yang nampak perfect.

Sumber: Who What Wear

Ad Ops