Categories: Gaya Hidup

Apa Rahsia Khloe Kardashian Hingga Berjaya Turunkan 18kg Berat Badan? Baca 11 Tips Ini!

Sejak kecil, Khloe Kardashian memang berbadan montel dan tidak mengambil berat tentang tabiat pemakanannya sewaktu dia membesar.

Namun beberapa masalah peribadi dalam hidupnya telah mengubah persepsi Khloe. Untuk mengatasi stres yang dialami, Khloe mula melakukan aktiviti senaman sehingga ianya menjadi rutin harian.

Hasilnya, dia telah berjaya menurunkan 40 pound atau kira-kira 18 kilogram dan secara tak langsung menjadi ikon untuk wanita-wanita moden hari ini. Nak tahu bagaimana dia berjaya kuruskan badan? Ini tips daripada Khloe. Jom cuba!

Cari senaman yang anda betul-betul suka

Anda mungkin tidak minat bersenam tapi untuk turunkan berat badan, anda terpaksa lakukan juga. Untuk mengatasi perkara ini, pilih senaman yang anda benar-benar suka jadi anda akan enjoy ketika melakukan senaman tersebut. Khloe selalu memuatnaik di Instagram aksi-aksinya di gym antaranya mengangkat berat dan melakukan senaman “burpees”.

Campur-adukkan teknik senaman

Anda mungkin mulai bosan jika ke gym lima kali seminggu dan melakukan senaman yang sama. Jadi apa kata cuba pelbagai jenis senaman untuk merancakkan aktiviti anda di gym? Antara senaman kegemaran Khloe ialah hot yoga dan circuit training.

Cuba teknik lompat tali untuk senaman seluruh badan

womanista.com

Khloe tidak suka berlari jadi dia lebih sanggup lompat tali. Menurut Khloe, dia perlu lakukan 800 lompatan dalam lima minit. Walaupun dibasahi peluh, sukar bernafas dan kedua-kedua lengannya sakit, yang paling penting ialah seluruh badannya bergerak.

Jadikan benda-benda di rumah sebagai alternatif untuk pemberat

www.cosmopolitan.com

Tak ada dumbbell di rumah? No problem! Guna saja botol berisi air atau sekampit beras! Jangan biarkan alasan tiada alatan senaman untuk malas bersenam tau.

Gunakan medicine atau exercise ball

pixnio.com

Khloe melakukan push-up dengan menggunakan medicine ball dan stability ball untuk mendapatkan lengan yang tegap iaitu melakukan sebanyak 30 ke 50 kali dalam satu masa.

Pada mulanya lengan anda akan merasa seperti ‘jeli’ tapi percayalah ianya akan berubah dan menjadi ‘sado’!

Elakkan dari menimbang berat badan terlalu kerap

licensedmentalhealthcounselor.files.wordpress.com

Fokus kepada aktiviti senaman anda dan jangan terlalu kerap timbang berat badan. Yang penting, anda dapat rasa perubahan dalam badan dan diri anda.

Bukan apa, antara kesalahan besar yang sering dilakukan oleh orang ramai ialah kerap timbang berat badan sejurus melakukan aktiviti. Ingat terus kurus ke?

“Berat badan anda tidak menentukan siapa diri anda sebenarnya. Itu sebabnya saya tak timbang berat saya sendiri. Saya tak kisah berapa berat saya pun,” kata Khloe.

Gunakan pedometer

i.pinimg.com

Pedometer, atau step counter, mudah didapati dan juga wujud dalam bentuk app. Ia penting untuk menjejaki berapa banyak langkah yang anda sudah ambil. Berjalan boleh dikira sebagai senaman jadi tetapkan sasaran dalam sehari. Target yang biasa dipakai ialah 10,000 langkah.

Tak payah diet sangat

pixabay.com

Wah! Tips yang ini susah sikit nak faham. Khloe berkata bila anda tidak membenarkan diri anda untuk enjoy makanan kegemaran anda, anda akan lebih teringin nak makan. Diet is torture, katanya. Tak perlu ikut sangat sistem diet tu, tapi sebaliknya anda perlu kurangkan portion makanan. Sekali-sekala tak salah kalau anda ingin makan makanan yang tak berkhasiat seperti kek.

Bagi Khloe, apabila dia mula serius bersenam, barulah dia prihatin terhadap apa yang dia makan dan mula terfikir untuk mengubah tabiat makannya.

Walau bagaimanapun, kalau anda mahu ikut cara pemakanan yang Khloe amalkan, boleh cuba ini: telur, oat dan strawberi/blueberi untuk sarapan; salad sayur hijau, sunflower seeds dan sekeping ikan untuk makan tengah hari; dan dada ayam tanpa kulit yang digril, sayur, ubi keledek dan sedikit nasi untuk makan malam.

Makan snek sihat

upload.wikimedia.org

Bukan sekadar junk food, Khloe juga kata jangan makan makanan diperbuat dari tenusu (dairy). Kalau teringin nak makan snek, boleh cuba minum campuran tembikai, avocado, oat dan halia.

Gantikan minuman manis dengan air masak

pixabay.com

Untuk dapatkan kulit licin, banyakkan minum air. Khloe mengamalkannya dan minum bukan dua tapi lima liter air sehari!

Selamat mencuba!

Sumber: Stylecraze.com dan People.com

Ad Ops