Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 18, 2018 @ 10:00am

Back To School: Anak Gembira Berbaju Baru, Ibu Ayah Pening Kepala!

Anak gembira berbaju baru, ibu ayah pening kepala!

Mungkin tajuk ini kedengaran sedikit over tapi itulah hakikat yang dilalui ibu bapa setiap kali menjelang musim persekolahan baru.

Sesi persekolahan baru 2019, mungkin tidak banyak berbeza dengan zaman ketika wujudnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan kerajaan baru tetap dilihat sebagai sesuatu yang membebankan rakyat.

Kebanyakan ibu bapa terutamanya golongan pertengahan dan bawah, masih dihimpit bebanan perbelanjaan yang melampau untuk membeli kelengkapan sekolah yang semakin mahal.

Sebelum ini, perbelanjaan bagi satu set persalinan sekolah rendah dan sekolah menengah mencecah RM700 untuk seorang anak gara-gara GST, Namun keadannya tidak banyak berubah meskipun kini SST mengambil alih.

Bayangkan jika ibu bapa yang hanya gaji pokok RM2,000 dan mempunyai dua anak atau lebih yang bersekolah, bagaimana mereka hendak menyediakan persiapan persekolahan yang baharu?

Ibu bapa tersepit antara keinginan menyediakan kelengkapan terbaik kepada anak-anak dengan kekangan wang serta perbelanjaan mahal untuk memenuhi permintaan anak-anak.

Lambakan kelengkapan sekolah yang berjenama turut merumitkan lagi keadaan kerana sebahagian ibu bapa terpaksa ‘menutup mata’ membeli apa yang disukai anak kerana jika tidak diturutkan, gempar pula pasar raya dengan teriakan dan tangisan mereka.

Gara-gara malu, wang yang sudah nyawa-nyawa ikan dilaburkan dengan harapan anak-anak akan lebih bersungguh dalam pelajaran.

Istilah tertekan atau terbeban perlu ditelan kerana isu utama, tetap kena beli sebab anak-anak perlu ke sekolah.

Justeru bagaimana ibu bapa boleh merancang perbelanjaan untuk kelengkapan persekolahan anak dengan baik?

Lupakan soal jenama mahal dan apa yang perlu anda lakukan adalah berjimat-cermat dan cuba elakkan pembaziran!

Salah satu caranya, periksa uniform sekolah lama anak anda seperti baju, seluar dan kain tahun sebelum itu, sama ada ia masih elok dan boleh dipakai.

Jika perlu juga untuk membeli kelengkapan persekolahan yang baru, pilihlah pusat membeli-belah yang menawarkan harga berpatutan. Salah satu contohnya Pusat Pakaian Hari-Hari.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya anda boleh mendapatkan sepasang baju sekolah lengkap baju dan kain/seluar dengan harga RM40. Tetapi ia bukanlah jenama premium seperti Professor, DX Uniform, Falcon mahupun Canggih.

Foto: Masyimalo Heart

Jony & Jeny, misalnya menawarkan harga jauh lebih rendah dan dalam masa sama fabriknya berkualiti. Harga untuk sepasang baju dan kain sekolah hanya RM39. Kalau dua pasang baju baru RM78 ringgit, murah kan?

Bermula sesi persekolahan bagi 2019, pelajar sudah dibenarkan untuk memakai kasut berwarna hitam yang dijual pada harga RM32 sepasang.

Difahamkan itu antara harga paling rendah. Yang lebih mahal jangan cakaplah, banyak!

Foto: picswe.com

Memandangkan anak-anak masih bersekolah jangan mewahkan mereka sehinggakan stokin pun hendak pilih jenama seperti Nike, Adidas atau Puma.

Nak sekolah ke nak melaram sebenarnya? So memadai stokin putih biasa yang harganya cuma RM10 untuk satu pack. Jimat pun jimat!

Foto: FMT

Manakala uniform untuk sekolah agama bagi murid lelaki, sepasang cuma RM33.80 lengkap baju dan seluar. Sampin hijau yang biasa dipadan dengan uniform pula berharga RM11.20 (ikut saiz).

Sementara uniform sekolah agama untuk pelajar perempuan dianggarkan RM50 lengkap tudung.

Foto: Farhan Emily

Terakhir sekali, bajet beg sekolah sebaiknya jangan melebihi RM100 walaupun kebanyakan beg sekolah memang harganya mahal. Yang paling murah barangkali RM30 atau mungkin lebih murah daripada itu!

Foto: ProductNation

Jika anda berbelanja dengan mengikut bajet yang disenaraikan Hijab & Heels di atas, jumlah keseluruhan bagi dua pasang pakaian sekolah biasa dan agama, dua pasang kasut, stokin dan beg, semua tidak melebihi RM400! Wow murah!

Seperkara lagi, jangan lupa sediakan bajet untuk membeli buku-buku sekolah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 26 Apr 2018

Nak Potong Buah Seperti Nanas Tapi Tak Reti? Jom Belajar Dari Video Ringkas Ini

Anda akan rasa, “Kenapa aku tak terfikir nak buat macam ini?”

Gaya Hidup Tue, 21 Aug 2018

Malunya Kalau Kasut Kita Berbau Hapak! Ikuti 7 Tip Ini Untuk Hapuskan Bau Itu

Amalkannya kerana ia juga dikira sebagai kebersihan diri.

Featured Fri, 10 May 2019

Halima Aden cipta sejarah sebagai model Muslim pertama yang memakai burkini untuk majalah Sports Illustrated

Sebelum ini, isu ‘Swimsuit” majalah ini hanya menampilkan wanita dalam baju renang yang seksi!

Gaya Hidup Thu, 30 Mar 2023
Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

Keliru Dengan UVA, UVB, SPF dan PA? Jom Fahami Maksud Label Produk Sunscreen Anda

Sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit.

Featured Sun, 12 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 28 May 2018

Buat Perangkap Nyamuk Anda Sendiri Dengan Menggunakan Teknik DIY Yang Mesra Alam Ini

Tak perlu pakai asap ataupun bahan kimia yang membahayakan.

Featured Mon, 6 Aug 2018

Ubat Gigi Penyebab Diabetes. Betul Ke?

Titanium dioksida bahan penyebab diabetes jenis kedua.

Gaya Hidup Fri, 19 Jan 2018

Jom Detok Dengan Jus

Cara yang paling mudah untuk menyingkirkan racun atau toksin daripada tubuh badan ialah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain itu, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan dan sayuran untuk tujuan detok.