Featured By: Ad Ops May 10, 2019 @ 10:00am

Halima Aden cipta sejarah sebagai model Muslim pertama yang memakai burkini untuk majalah Sports Illustrated

Setiap tahun, majalah sukan dari Amerika Syarikat (AS), Sports Illustrated, akan menerbitkan isu Swimsuit dengan menampilkan wanita yang menghiasi muka hadapannya sambil memperagakan baju renang yang seksi.

Untuk tahun ini, pihak penerbitnya memberi kelainan dengan menampilkan model Halima Aden, seorang model dari Minnesota, AS.

Beliau mencipta sejarah bukan sahaja sebagai model Muslim pertama yang menghiasi majalah ini, malah buat pertama kali Sports Illustrated menampilkan seorang model yang memakai burkini dan hijab.

“Membesar di AS, saya tidak pernah berasa diwakili kerana apabila membelek majalah, tiada seorang wanita berhijab dalam majalah.

“Tawaran ini boleh membuka laluan itu dan bagi saya jangan rasa takut untuk menjadi orang pertama yang melakukan sesuatu perkara,” katanya.

Model berbangsa Somali-Amerika ini dilahirkan di Kem Pelarian Kakuma, Kenya dan tinggal di situ sehingga berumur tujuh tahun sebelum berpindah ke AS.

Bagi lokasi pengambaran gambar Sports Illustrated itu, pihak produksi merasakan tiada tempat lain yang lebih sesuai daripada negara kelahirannya. Jadi mereka memilih Pantai Watamu di Kenya.

“Saya sering teringat kepada diri saya ketika berumur enam tahun yang berasal dari kem pelarian.

“Untuk membesar dan memburu impian di Amerika Syarikat dan pulang ke Kenya bagi pengambaran Sports Illustrated di lokasi cantik seperti ini, saya rasa kisah ini tidak boleh dibuat-buat,” katanya.

Ini bukan pertama kali Halima memperagakan baju renang Muslimah. Pada 2016, beliau ialah peserta pertama yang bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Minnesota USA dengan memakai burkini. Dia juga mampu mara ke pusingan separuh akhir.

Foto: Today Show

Bagi penggambaran Sports Illustrated itu, Halima memperagakan pelbagai jenis burkini. Beliau dipuji oleh warganet dan tokoh terkenal seperti Anggota Kongres Amerika Syarikat Ilhan Omar yang mengucapkan tahniah di Twitter:

“Sebagai warga Minnesota dan pelarian Somali, saya amat bangga kerana telah bekerja keras untuk ke sini dan memulakan perbualan mengenai perkara ini,” tulis Ilhan.

Jom lihat gambar-gambar Halima yang diambil oleh jurugambar terkemuka, Yu Tsai untuk isu Swimsuit ini.

Apa pendapat anda mengenai penampilan Halima dalam majalah Sports Illustrated?

Sumber: NPR

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 17 Sep 2019

Dendam pontianak bukanlah cerita pontianak yang biasa dilihat

Rasai ketakutan filem Dendam Pontianak di pawagam berhampiran anda sekarang!

Featured Thu, 8 Jun 2023

“Kami Berdua Panas Orangnya” – Awal Ashaari & Scha Alyahya Selalu Gaduh?

Love sangat couple ni tau! Moga terus bahagia💖💖💖

Featured Wed, 27 Mar 2024

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

MashaAllah, moga tips yang diberikan Datin Lisa dapat dijadikan pengajaran😊

Featured Fri, 8 Jul 2022
Events Fri, 17 Jun 2022

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Setiap budaya dan tradisi ada keunikan tersendiri 🫶🏼 Kita kan serumpun, hormat lah antara satu sama lain 🤝🏼

Gaya Hidup Thu, 29 Mar 2018

Bagaikan Dunia Fantasi, Berchtesgaden Lokasi Wajib Disinggahi Anda Kalau Ke Eropah.

Bagaikan terpanggil untuk menjejakkan kaki ke kota Berchtesgaden, yang disebut antara lokasi menarik di Eropah Tengah tetapi kurang diketahui traveller.

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2019
Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020