Categories: Gaya Hidup

Badan Terasa Lesu? Jom Tinjau Rawatan Spa Apa Yang Sesuai Dilakukan Ketika Berpuasa

Siapa bilang sepanjang Ramadan anda tidak boleh memanjakan diri misalnya ke spa untuk melakukan rawatan wajah mahupun berurut?

Tiada masalah sama sekali asalkan rawatan yang dibuat itu tidak memudaratkan dan menyebabkan hidrasi kepada tubuh.

Memanjakan diri anda ke spa bukan sahaja boleh merawat kulit wajah dan badan, malah ia boleh dijadikan sebagai satu hadiah buat diri anda setelah melalui hari yang memenatkan dengan rutin kerja saban hari. Inilah masanya untuk anda membelai diri anda dengan ruang masa dan tempat yang mendamaikan.

Pilih rawatan yang bersesuaian

Foto: virginexperiencedays

Antaranya, jangan melakukan rawatan yang tidak bersesuaian dan memaksa badan anda untuk bekerja keras. Sebagai contoh, rawatan sauna. Ia tidak sesuai kerana ianya melibatkan penggunaan suhu yang agak tinggi dan panas. Ini menyebabkan badan anda akan mengeluarkan peluh dengan banyak dan terhidrasi. Akhirnya, anda akan berasa penat dan mudah haus.

Bagi rawatan wajah pula, elakkan rawatan yang memerlukan wajah anda dibersihkan dengan air kerana ia dikhuatiri membuka ruang bagi air masuk ke dalam mulut ataupun telinga ketika rawatan dilakukan. Untuk itu, anda boleh memilih rawatan wajah secara estetik kerana ia banyak melibatkan penggunaan alat seperti laser ataupun gelombang mikro bunyi pada dasar kulit sahaja.

Relaks & Tenang

Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh melakukan rawatan seperti dibawah.

  • Rawatan manicure dan pedicure – Sangat jelas rawatan mencantikkan kuku bukanlah sesuatu yang berat dan tidak memaksa badan anda bekerja keras. Jemari lebih bersih dan cantik.

Foto: Wear Is

  • Urutan refleksologi kaki – Alangkah seronoknya apabila kaki anda diurut lembut. Terasa hilang semua lenguh-lenguh dan bagus untuk perjalanan darah juga.
  • Urutan wajah – Bagus untuk menaikkan seri wajah yang kusam dek kerana kulit kering sepanjang berpuasa.
  • Urutan badan – Badan terasa lebih ringan dan segar kerana urutan badan boleh melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sengal- sengal pada badan.

Sumber: Women’s Weekly

Yanie Baharom