Categories: Gaya Hidup

Bukan Saja Photographer, Che Ta Bawa Tukang Masak Peribadi Ketika Bercuti Di Luar Negara

Siapa tak kenal dengan pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil sebagai Che Ta. Kalau anda scroll Instagram Che Ta, pasti anda akan lihat banyak posting ketika dia bercuti ke luar negara bersama keluarga tercinta. 

Memang selalu jugak Che Ta ini pergi holiday! Baru-baru ini, Che Ta mengakui bahawa dia membawa tukang masak peribadi ketika bercuti ke luar negara. 

Menurut Che Ta, tujuan dia membawa tukang masak peribadi kerana ingin memudahkan keluarganya untuk menikmati makanan enak ketika berada di negara orang.

Kalau anda nak tahu, setiap kali percutian Che Ta sama ada dalam mahupun luar negara dia pasti akan membawa photographer. Patutlah gambar-gambar Che Ta nampak perfect!

“Selain photographer, saya juga membawa seorang tukang masak ketika berada di luar negara.

“Ini kerana, ketika berada di luar negara susah nak cari makanan Melayu. Jadi, chef yang saya bawa itu akan masak makanan yang kami inginkan.

“Saya rasa, tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain kerana dalam masa yang sama chef itu dapat bercuti juga bersama kami sekeluarga, ” katanya kepada Gempak.

Untungnya jadi jurugambar dan tukang masak Che Ta, sambil kerja sambil melancong!

Sumber: Gempak

tex_admin