Categories: Gaya Hidup

Cara Mudah Untuk Buat Kek Pandan Kukus Yang Gebu Gebas, Hanya Guna Alat Pengisar!

Sekarang ini semuanya menjadi mudah jika anda kreatif! Kalau anda teringin nak makan kek pandan kukus, tapi tak ada alat-alat membuat kek, jangan risau, kami akan kongsikan resepi kek pandan dengan menggunakan mesin pengisar!

Dengar macam senang saja kan? Ya, memang senang sangat nak buat kek pandan kukus ini. Yang pasti cara ini akan membuatkan kek anda gebu dan lembut! Nak tahu resepinya, jom baca senarai bahan-bahan ini.

Bahan-bahannya:

3 Biji telur ayam gred A

1/2 Cawan gula halus

1/4 Cawan minyak jagung

1/4 Cawan susu cair

1 Sudu makan ovalette

1 Sudu teh esen vanilla

1 Sudu teh perisa pandan

1/2 Sudu teh pewarna hijau

1 Cawan self raising flour

Cara-caranya:

Masukkan air ke dalam pengukus dan biarkan ia mendidih dengan api yang sederhana. Sementara itu, anda boleh masukkan semua bahan-bahan kecuali self raising flour atau tepung naik sendiri ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga adunan menjadi kembang selama 3 hingga 5 minit. Ianya agak lama, jadi anda perlu mengisar dengan cara henti-henti agar motor pengisar tidak mudah rosak.

Kemudian, selesai sahaja mengisar adunan, masukkan adunan ke dalam mangkuk. Ayak tepung naik sendiri ke dalam mangkuk adunan tersebut. Kacau adunan sehingga sebati.

Alaskan loyang bersaiz 6 dengan baking paper dan sapukan butter pada bahagian tepi loyang. Bagi mendapatkan tekstur kek pandan yang halus dan cantik, tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang.

Seterusnya, kukus kek pandan anda selama 30 minit untuk saiz loyang ini. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah dikeluarkan daripada loyang. Siap!

Mudah sahaja kan? Apa kata anda cuba resepi ini pada hujung minggu bersama anak-anak, pasti mereka akan suka! Anda juga boleh tengok video resepi kek pandan kukus ini:

Sumber: Dari Dapur

tex_admin