Categories: Oh Lawa

Jangan Tersalah Memilih Warna Kanta Lekap, Ia Harus Sepadan Tona Kulit

Pemakaian kanta lekap jenis fancy atau berwarna, sememangnya berupaya merubah penampilan wajah seseorang selain teknik solekan termasuk mewarnakan rambut.

Namun keghairahan mengenakan kanta lekap untuk kelihatan wow! perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira kesesuaian tona kulit anda. Salah memilih variasi warna, boleh menyebabkan wajah anda kelihatan something wrong somewhere, garang dan kurang berseri. Pendek kata result keseluruhannya adalah nay!

Sebagai tanda kasih buat pembaca selain menginginkan kalian sentiasa tampil meletop!, Hijab & Heels ingin berkongsi informasi mengenai tips ringkas pemilihan warna kanta lekap yang bersesuai dengan tona kulit masing-masing.

1. Kulit cerah

Mereka yang mempunyai kulit cerah boleh memilih warna kanta lekap dari variasi yang terang seperti biru, turqoise atau violet. Koleksi warna yang terang ini jika dipakai oleh mereka yang berkulit cerah dapat memberikan kesan dramatis secara semula jadi.

Foto : thedollyeye.com

2. Kulit sawo matang

Mereka yang berkulit sawo matang boleh memilih warna kanta lekap dari variasi seperti grey dan honey. Koleksi warna sebegini dapat memberikan bentuk anak mata yang jelas kepada si pemakai.

Tambahan penggaris mata melengkapkan aksesori pada mata dan mengalihkan tumpuan ke bahagian mata. Untuk kelihatan sedikit dramatis, pilihan warna seperti light green boleh digayakan anda.

Foto : womenitems.com

3. Kulit gelap

Mereka yang mempunyai kulit gelap juga boleh mendapatkan kesan mata yang dramatis dengan kanta lekap berwarna. Warna yang dicadangkan adalah dari variasi perang seperti honey dan brown.

Koleksi warna sebegini menonjolkan mata yang lebih ceria kepada mereka yang berkulit gelap. Untuk bergaya berani, pilihan seperti amethyst boleh digunakan.

Yanie Baharom