Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 30, 2019 @ 10:23am

Cemburu itu tandanya sayang, tapi cemburu buta boleh melayang nyawa!

Cemburu itu tandanya sayang. Akan tetapi cemburu tahap melampau sehingga pasangan berasa ditindas dan hidup bagaikan di dalam sangkar besi akhirnya akan membawa kemusnahan dalam perhubungan.

Biasanya individu dengan sikap kuat cemburu ini, tergolong dalam kelompok narcissist terarah untuk mengongkong kehidupan pasangan sehinggakan bersama sekeluarga sekalipun akan menjadi pertikaian bagi pencemburu buta.

Baik lelaki mahupun wanita, sikap ini harus dibuang agar hubungan yang dibina lebih harmoni dan sejahtera.

Bagi yang belum mendirikan rumah tangga berfikirlah dua kali sebelum terjerumus dalam genggaman pasangan yang mempunyai ciri-ciri sebegini. Sementara bagi yang sudah berkahwin, jika sikap pasangan memudaratkan carilah jalan untuk keluar dari perkahwinan yang menyeksakan agar tidak bertambah parah!

Bagaimana ingin mengetahui ciri-ciri si cemburu buta, di bawah ini jawapannya:

1. Ingin tahu semua perkara

Semua perkara yang dilakukan perlulah mendapat kebenarannya. Jika mendapat tahu kamu berbohong, dia akan merungut dan menganggap kamu tidak menyayanginya bahkan hal ini akan menjadi senjatanya sampai bila-bila sekali pun kamu tidak pernah membohonginya lagi.

2. Merendahkan kebolehan anda

Sebagus manapun sesuatu perkara yang kamu lakukan, semuanya tidak sempurna. Dia tidak ingin kamu terlalu bangga dengan pencapaian yang dilakukan. Dia lebih senang jika anda meminta pertolongannya, sekali gus menjadikan dia dominan dalam perhubungan ini. Biar tanpa bahasa yang kasar, namun ia mengurangkan keyakinan diri dan menjadikan kamu beranggapan hidup tanpanya adalah mustahil.

3. Cemburu buta

Tidak salah cemburu, namun jika cemburu pada perkara yang tidak sepatutnya, ia hanya mengundang rimas dalam jiwa. Ia buat anda rasa tertekan. Cinta seharusnya merapatkan hubungan antara manusia, tapi jika pasangan kamu lebih tegar memiliki diri anda seorang dan menjauhkan kamu daripada keluarga dan rakan tersayang, ini menunjukkan dia adalah lelaki yang suka mengongkong.

 

4. Tiada keyakinan diri

Pasangan yang suka mengongkong kebiasaannya mempunyai sifat rendah diri dengan diri sendiri lalu melarang kamu untuk bergaya dan bersolek walau senipis mungkin kerana dia tidak mahu lelaki lain memandang atau bercakap mengenai dirinya yang tidak secocok apabila jalan beriringan dengan kamu.

Contoh hal remeh, meminta kamu meletakkan ‘display picture’ kalian berdua supaya semua orang tahu kamu adalah miliknya. Sedangkan dia tidak berbuat demikian.

Jika kamu mempunyai pasangan yang begini, tidak semestinya kamu perlu menolak dia mentah-mentah daripada hidup kamu apalagi jika dia tidak menggunakan kekerasan terhadap kamu. Bawa berbincang dan minta dia memahami situasi diri kamu.

5. Menyekat kebebasan

Bukan hanya disekat kebebasan untuk kamu keluar bergembira bersama rakan-rakan, malah keluarga juga. Tambah parah, kamu dihalang daripada menyuarakan pendapat dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.

Kamu hanya perlu mendengar dan bersetuju dengan pendapatnya. Boleh bersabar atau tidak jika dia berterusan berkelakuan sebegini?

6. Sakit mata melihat kamu bergembira

Hatinya jadi resah bila mengetahui anda sedang menikmati saat gembira bersama rakan-rakan tanpa dia di sisi. Jika boleh, dia ingin menjadi oang yang pertama membuat sesuatu perkara yang baharu bersama kamu. Bila ditanya mengapa muka masam mencuka, dia memberi alasan bertentangan dan menyalahkan kamu kerana menyebabkan harinya tidak gembira.

7. Berbeza pendapat dan prinsip

Pasangan menyekat kamu daripada bertemu rakan-rakan atau bergembira bersama, namun tidak untuk dia. Jika anda langsung tidak boleh bertemu rakan-rakan lelaki, dia boleh keluar bersama rakan wanitanya untuk makan tengah hari. Dia membuat peraturan berat sebelah yang kesemuanya hanya memihak kepada dia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 16 Dec 2018

Lihatlah Gambar Majlis Perkahwinan Wanita Dari Keluarga Terkaya Di India, Mewah & Meriah!

Tetamunya terdiri daripada golongan artis Bollywood, Beyoncé dan juga Hilary Clinton!

Gaya Hidup Sun, 23 Dec 2018

8 Tip Untuk Jimat Ketika Beli Barang Dapur Untuk Diri Anda Seorang

Jika bajet tak mengizinkan, anda patut lebih cermat.

Gaya Hidup Tue, 20 Mar 2018

Tak Ada Mood Untuk Seks? Aktiviti Berbasikal Terbukti Boleh Meningkatkan Ghairah Seksual Wanita

Menurut sebuah kajian oleh University of California San Francisco (UCSF), wanita yang berbasikal dibuktikan lebih aktif ketika melakukan hubungan seks daripada wanita yang tidak berbasikal.

Featured Wed, 28 Dec 2022

“Seronok Duduk Makkah Rasa Tak Nak Balik KL” – Maria Tunku Sabri Tunai Umrah

Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri kini berada di Tanah Suci Makkah bersama suami, Ahmed Nazri Abd Malik dan anak, Aleeya Nazneen untuk menunaikan ibadah umrah. Menerusi hantaran di Instagram, Maria menzahirkan rasa syukur kerana selesai […]

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Diet Aneh Golongan Selebriti Memang Berkesan Tapi Membahayakan Nyawa

Tuntutan kerja dan demi memuaskan pandangan ramai, seorang selebriti perlu tampil sempurna seolah tiada cacat celanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Gaya Hidup Sat, 3 Nov 2018

Ini Cara Nak Cuci Kain Buruk Untuk Nampak Macam Baru Beli

Sekali cuci nampak macam baru beli!

Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018
Gaya Hidup Fri, 9 Mar 2018

Pernah Try Omurice? Nasi Goreng Telur Special Style Jepun Yang Meleleh!

Peminat-peminat telur! Anda pernah tak dengar masakan Omurice yang popular di Jepun? Omurice ini sebenarnya singkatan kepada gabungan perkataan omelette (telur dadar) dan rice (nasi).

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018

Kekal Harum Sepanjang Hari, Follow 6 Tip Ini Yang Membuatkan Pewangi Anda Tahan Lama

Magisnya tentang wangian ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa istimewa.