Categories: Gaya Hidup

Doktor Ini Kongsikan Cara Betul Untuk Sejuk Beku & Nyah Beku Bahan Mentah

“Saya sibuk, doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu sakit perut.”

Itulah antara isu yang diajukan kepada Dr. Kamarul Arriffin di mana salah satu punca sakit perut adalah penyimpanan bahan mentah di dalam freezer.

Menurut Dr. Kamarul, untuk mengelakkan sakit perut, anda perlulah menyimpan bahan mentah seperti daging, ayam, udang, sotong dengan cara yang betul.

Apa yang penting, anda perlu mencuci dengan bersih semua bahan mentah tersebut, potong dan simpan dalam bekas kedap udara mengikut catuan dan barulah disimpan dalam tempat sejuk beku. Bila nak masak, keluarkan hanya bekas yang anda perlukan sahaja. 

Foto: Cerita Kak Z

Penyimpanan ikut catuan kecil juga dapat mengelakkan beku dan cairkan bahan mentah berulang kali. Ini dapat mengelakkan kontaminasi (pencemaran atau keracunan). 

Foto: Realsimple.com

Dr. Kamarul juga berkongsi tentang cara yang betul untuk nyah beku bahan mentah yang wajib anda ikuti kalau tak nak terkena keracunan makanan. Cara-caranya seperti:

1. Letakkan bahan mentah di bawah air yang mengalir.

2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiarkan semalaman.

3. Gunakan fungsi ‘defrost‘ pada microwave oven

Sekiranya anda tidak nyah beku bahan mentah dengan betul, ais pada bahan mentah tersebut tidak cair dengan sepenuhnya. Ini yang menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan.

Lagi bagus sekiranya anda makan makanan masak segar kalau takut terkena keracunan makanan!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook

tex_admin