Categories: Gaya Hidup

Enam Taktik Memikat Ini Mampu Membuatkan Lelaki Poket Tebal Jatuh Ke Tangan Anda

Sebaik manapun seorang perempuan dengan ciri-ciri wanita solehah, belum tentu bisa menakluki hati si lelaki hartawan.

Ini kerana lelaki banyak duit dan berstatus jutawan, cenderung untuk tertarik dengan wanita-wanita cantik, sosial dan seksi. Atau istilah yang biasa kita dengar ‘trophy wife’ iaitu wanita muda mendampingi lelaki berusia berpoket tebal.

Kalau adapun yang memandang kebaikan, cuma sebilangan kecil saja. Itupun susah nak jumpa. Apapun, wanita dan material tak dapat dipisahkan. Sebab itulah wanita diciptakan dengan 9 nafsu. 

Foto : pmcapital.com

Kebanyakan wanita mendambakan lelaki kaya kerana mereka mengejar kemewahaan dan tidak mahu hidup susah. Sebut saja nak apa, handbag, baju atau kasut berjenama mewah termasuk sports car? Semua boleh dapat dengan petik jari saja! 

Namun seperkara harus diingat, nak mendampingi lelaki hartawan ini bukan mudah kerana banyak persaingannya. Potensi dikecewakan juga amatlah terbentang luas. 

Justeru berhati-hatilah jika anda enggan dikecewakan. Walau bagaimanapun bagi yang ingin mencuba atau test market, bolehlah cuba-cuba enam taktik ini, kot-kot umpan mengena! 

Foto : pinterest.com

1. Cubalah berlagak macam banyak duit, lelaki yang kaya selalunya akan pilih di kalangan perempuan yang ada taste dan berduit juga.

2. Ada yang kata, kalau nak tackle lelaki kaya rajin-rajinlah melepak di golf club, jadi pramugari business class atau cashier di restoran mahal. Tak pun memilih pekerjaan dalam bidang perkhidmatan pelanggan di hotel lima bintang mahupun butik berjenama mahal seperti Louis Vuitton. Sebabnya apa, di sinilah anda akan selalu berjumpa dengan lelaki berpoket tebal!

3. Lelaki golongan ini juga suka kepada wanita yang ada pendirian sendiri dan peka pada isu semasa. Contohnya pasal currency exchange, pasal ekonomi dan peluang perniagaan sebabnya lelaki kaya sukakan perempuan yang educated.

Foto : albawaba.com

4. Lelaki kaya suka pada wanita yang ada class. Tidak mengapa kalau tak cantik asalkan  pandai bergaya dan menarik.

5 . Pandai jaga penampilan dan pandai menghias diri. 90%  lelaki kaya akan suka pada wanita yang pandai jaga diri dan body tentulah kena menggiurkan uols! Sebabnya lelaki poket tebal sejenis suka show off’ girlfriend cantik di khalayak ramai. Selain itu kena pandai speaking English! 

6. Wanita cekap memandu dan berdikari,  satu lagi ciri yang disukai lelaki kaya. Kerana mereka sudah terbiasa ada driver, lelaki golongan ini selalunya malas memandu dan mengharapkan teman wanita yang berbuat demikian. Sembang pun kena hebat konon-kononnya buat bisnes online dan macam-macam lagi just untuk menunjukkan yang anda ada duit bukan gilakan duit lelaki itu.

Foto : Pinterest

Apapun, buat wanita di luar sana, tidak semestinya anda hanya perlu memikat lelaki yang kaya dengan wang ringgit semata-mata, tetapi lebih bagus jika lelaki itu datang dengan pakej kaya hati budi, barulah menjamin kebahagiaan hidup anda.

Yanie Baharom