Categories: Gaya Hidup

Gara-Gara Kerap Bermain Telefon Bimbit Ketika Baring, Tulang Belakang Gadis Ini Melengkong 50 Darjah

Penulis percaya setiap daripada kita sebelum tidur pasti akan scroll telefon bimbit terlebih dahulu. Ada yang sampai tertidur sambil pegang telefon! 

Tahukah anda, tabiat ini akan mendatangkan kesan yang negatif pada tubuh badan kita? Lagi-lagi pada anda yang suka baring mengiring sambil bermain telefon.

Baru-baru ini, gadis berusia 16 tahun dari Kaohsiung, Taiwan telah disahkan mengalami sakit belakang yang teruk. Hasil daripada keputusan X-ray, bahagian kiri tulang belakang gadis ini mengalami lengkungan yang serius iaitu sebanyak 50 darjah.

Foto: TVBS News

Menurut doktor, lengkungan tersebut adalah disebabkan tabiat gadis itu yang selalu baring mengiring ke sebelah kanan di atas katil dan bermain telefon. Tabiat tersebut telah memberi tekanan lebih pada sebelah kanannya, terutama pada thoracic vertebrae (ruas tulang belakang) dan lumbar vertebraenya.

Foto: TVBS News

Kesakitan yang dialami gadis ini juga disebabkan otot-otot utamanya yang tidak kuat untuk menyokong keseluruhan badannya dalam jangka masa yang lama.

Kesimpulannya, kurangkanlah tabiat bermain telefon dalam posisi mengiring ini ya! Jangan terlalu leka bermain telefon sehingga menjejaskan kesihatan anda. 

Sumber: WOF

tex_admin