Gaya Hidup By: Ad Ops July 31, 2018 @ 11:22am

Ini Perkara Yang Anda Perlu Buat Jika Berlakunya Gempa Bumi

Baru-baru ini, kita baru saja kehilangan seorang rakyat Malaysia ekoran tragedi gempa bumi di Lombok.

Kecelakaan sebegini memang tak boleh dielakkan tapi itu tak bermakna kita tak boleh sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk mengharunginya.

Anda mungkin ingat yang Malaysia terlindung daripada bencana alam, tapi apa salahnya jika anda pelajari langkah-langkah keselamatan? Just in case.

Hijab & Heels ingin kongsikan teknik-teknik yang basic yang perlu anda tahu untuk survive daripada bencana gempa bumi, sekadar pengetahuan sampingan.

Jika anda berada di dalam sebuah bangunan ketika gempa bumi sedang berlaku:

1. Tunduk dan cari perlindungan dengan duduk di bawah meja yang stabil dan kukuh, atau apa-apa perabot sekalipun, dan tunggu hingga gempa terhenti. Jika tiada meja di sekeliling anda, cari sebuah sudut dalam bangunan tersebut, bongkokkan badan di situ dan tutup muka dan kepala dengan lengan.

Foto: www.usgs.gov

2. Jauhi daripada kaca, tingkap, pintu atau dinding di luar, dan apa saja yang boleh tumbang seperti rak buku tinggi atau lampu bergantung di siling.

3. Jika anda di atas katil, kekal di situ dan lindungi kepala anda dengan bantal. Jika anda lampu bergantung di atas anda yang berpotensi untuk jatuh, pindah ke tempat yang lebih selamat.

4. Jangan gunakan laluan pintu melainkan anda tahu ia betul-betul kukuh. Kebanyakannya tak dibina betul-betul.

5. Bila gempa dah berhenti dan keadaan dah selamat, baru boleh keluar bangunan. Kajian menunjukkan, kebanyakan kecederaan berlaku apabila orang di dalam bangunan cuba bergerak ke lokasi lain dalam bangunan tersebut, ataupun cuba keluar dari situ.

6. Jangan gunakan lif!

7. Ketahui juga yang bekalan elektrik mungkin terputus dan sistem sprinkler serta fire alarm mungkin akan terpasang.

Foto: britsinthephilippines.top

Jika anda berada di luar bangunan:

1. Kekal di situ sampailah gempa terhenti.

2. Jauhi diri daripada bangunan, lampu jalan serta wayar-wayar elektrik yang berpotensi untuk menimpa anda.

Jika anda berada di dalam kenderaan bergerak:

1. Hentikan kenderaan anda secepat mungkin dan kekal di situ. Elakkan daripada hentikan kereta anda berdekatan atau di bawah bangunan, pokok, flyover atau wayar-wayar elektrik.

2. Bergerak secara hati-hati setelah gempa bumi terhenti. Elakkan daripada jalan raya, jambatan atau ramp yang mungkin telah rosak disebabkan oleh gempa bumi.

Jika anda terperangkap di bawah serpihan bangunan:

1. Jangan nyalakan mancis.

2. Jangan bergerak-gerak atau menyebabkan habuk bersepah.

3. Tutup mulut dengan sapu tangan atau pakaian.

4. Ketuk batang paip atau dinding supaya pasukan penyelamat boleh track di mana anda berada. Gunakan wisel jika ada.

5. Jerit hanya jika ia merupakan usaha terakhir anda, kerana apabila anda menjerit, anda boleh menghirup jumlah debu yang membahayakan.

Sumber: Victoria State Emergency Service

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

Syarikat Telekomunikasi Gergasi Apple Inc, Bakal Lancar Kereta Pertama 2023 Nanti!

iCar sebuah projek mega dilaksanakan Apple Inc membabitkan bajet bernilai trilion dolar!

Gaya Hidup Wed, 20 Nov 2019
Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018

Siapa Bilang Rambut Beruban Tidak Menawan?

Ironinya rambut bertukar warna kepada putih, bukan sesuatu yang diinginkan, khususnya bagi masyarakat Asia, yang lazimnya berambut hitam.

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018
Featured Tue, 17 Jul 2018
Featured Fri, 15 Mar 2019
familuv Tue, 6 Dec 2022

Berjaya Miliki Kereta Mewah Porsche 911 Carrera 4s Hampir RM1 Juta, Aisyah Hijanah Zahirkan Rasa Syukur

Personaliti Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen memiliki kereta impian.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) Menerusi entri tersebut, Aisyah […]

Gaya Hidup Sun, 22 Apr 2018

Alahai Kacangnya Resipi Pulut Mangga Ini, Pejam Mata Pun Boleh Buat

Rahsia kecantikan wanita Thailand sering dikaitkan dengan pemakanan pulut serta penggunaan beras sebagai asas di dalam produk penjagaan kulit keluaran negara itu. Bahkan makanan tradisi pulut mangga disahkan sebagai hidangan yang baik oleh pakar nutrisi.

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018
Events Thu, 15 Dec 2022

Majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Hadiah Penghargaan Buat Warga Pendidik

Guru adalah obor ilmu menjadi cahaya dalam membantu pelajar untuk berjaya di dalam pelajaran. Oleh itu, NTV7 rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah menganjurkan majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Majlis ini […]