Categories: Gaya Hidup

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Doorway Effect’

Anda pernah melalui situasi di mana terlupa untuk melakukan sesuatu selepas melalui pintu? Jika ya, anda mungkin mengalami ‘Doorway Effect’! 

Apa sebenarnya doorway effect ini ya? Menurut ahli psikologi, aktiviti yang melibatkan bilik atau ruang berbeza akan menghasilkan ‘mental block’ dalam otak seseorang.

Dalam erti lainnya, mereka yang melalui pintu menjadikan ingatannya terbahagi kepada beberapa bahagian lain yang boleh menyebabkan mereka lupa buat seketika.

Melalui satu kajian yang dijalankan oleh Gabriel Radvansky dan kumpulannya dari University of Notre Dame menunjukkan perubahan ingatan terhadap bilik yang berbeza ke atas 12 orang peserta.

Foto: iStock

Hasil daripada kajian tersebut, peserta yang melalui pintu bilik mempunyai daya ingatan yang lemah berbanding mereka yang tidak melalui pintu.

Penulis sendiri pernah alami situasi lupa seketika selepas melalui pintu bilik! Mujurlah lupa hanya sekejap saja. Anda yang pernah alami situasi ini, janganlah risau kerana doorway effect ini tidak mengganggu tahap kesihatan anda secara fizikal mahupun mental. Ianya berlaku kepada sesiapa sahaja.

Jika anda mengalaminya, bertenang dan perlahan-lahan mengingati apa yang anda ingin buat pada mulanya ya! Tak perlu panik.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Bustle & Era.je

tex_admin