Categories: Gaya Hidup

Inilah Teknik DIY Untuk Buat Ubat Batuk Anda Sendiri, Semua Ramuannya Semula Jadi!

Aduh aduh aduh! 

Bila batuk menyerang, kadang-kadang rasa macam nak terkeluar kerongkong kita dari mulut. Bukan itu saja! Kalau teruk sangat, sampai susah nak bernafas.

Jika anda memang ada ubat batuk, senanglah; capai saja, tuang dan telan. Tapi jika tiada, anda boleh cuba buat sendiri dengan menggunakan ramuan-ramuan semula jadi. Senang sangat!

Lagipun, gerenti ubat batuk ini bebas daripada bahan kimia. Dengan ramuannya yang asli, nescaya ia akan lebih melegakan tekak.

Bahan-Bahan

  • 3 biji lemon
  • 60 ml minyak zaitun
  • 180 ml madu organik

Cara Penyediaan

  1. Perahkan lemon terus ke dalam periuk kecil. Campurkan minyak zaitun dan madu ke dalamnya.
  2. Pasang api sederhana dan kacau seketika supaya campuran larut dan sebati.
  3. Alihkan daripada api dan biarkan sejuk. Tuangkan ke dalam bekas kaca.

Rujuk kepada video di bawah ini ya, untuk menonton tutorial DIY ini.

Sumber: DIY Hacks

Ad Ops