Gaya Hidup By: tex_admin July 24, 2018 @ 4:00pm

Jangan Biarkan Perasaan Gayat ‘Membunuh’ Hobi Anda! Tangani Dengan 5 Langkah Ini

Adakah anda seorang yang akan berasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi? Bila pandang ke bawah, anda akan rasa seperti hilang keseimbangan badan. Mungkin ada dalam kalangan anda yang akan menjerit dan takut nak bergerak!

Bila dah ada perasaan gayat, pasti anda terlepas peluang untuk lakukan aktiviti seperti memanjat gunung, hiking dan sebagainya. Tak syoklah kan!

Tapi, tahukah anda perasaan gayat ini boleh diatasi? Jom kita semak 5 langkah yang boleh membantu anda dalam menangani perasaan gayat di tempat tinggi.

Foto: Ilustrasi

1. Buat persediaan awal

Kaji dahulu tentang tempat yang anda ingin lawati, dan kenal pasti ciri-ciri keselamatan yang ada. Yakinkan diri anda bahawa ciri-ciri keselamatan tersebut akan mengelakkan anda daripada terjatuh.

Ubah perspektif anda supaya lebih realistik, dan bukan pesimistik, iaitu asyik memikirkan perkara yang buruk-buruk. Perasaan takut adalah permainan minda yang biasanya tak berasas!

Kalau anda trauma kerana pernah terjatuh dari tempat tinggi, cuba tinggalkan kisah silam itu di belakang. Fokus pada realiti sekarang.

2. Mulakan sedikit demi sedikit

Pergi ke mana-mana bangunan bertingkat. Naik ke aras satu dan cuba pandang ke bawah. Bila dah OK, naik ke tingkat dua dan seterusnya.

Kemudian cuba panjat bukit-bukit yang rendah pula, contohnya Bukit Broga di Semenyih atau Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan. Pemandangannya pun cantik.

Untuk mengatasi masalah ini, tumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap langkah anda. Jangan pandang ke tempat lain atau terlalu berfikir tentang paras ketinggian anda sekarang.

3. Kawal pernafasan

Biasanya kalau kita takut atau gementar, nafas dan degupan jantung kita akan menjadi laju. Ataupun mungkin kita terus terlupa nak bernafas.

Kalau anda sedar hal ini berlaku, berhenti sekejap. Duduk dan tarik nafas dalam-dalam. Kawal pernafasan anda (kira 3 hingga 4 saat ketika tarik nafas, dan 3 hingga 4 saat ketika hembus nafas). Anda akan dapati degupan jantung anda juga akan stabil dan anda akan berasa lebih tenang.

4. Elakkan kafein

Jangan tak tahu, kafein boleh menyebabkan rasa takut dan gementar menjadi lebih teruk. Elakkan makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat, minuman tenaga atau makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, bagi mengelakkan sugar high.

5. Dapatkan sokongan rakan

Kalau anda nak pergi sesuatu tempat yang tinggi, sebaiknya pergi bersama teman yang faham dengan masalah anda dan mampu bersabar serta sentiasa memberi sokongan dari segi mental dan fizikal.

Andainya anda tak dapat kawal perasaan takut ketika berada di tempat tinggi, rakan anda boleh memberikan kata-kata semangat atau memimpin anda turun.

Jadi, pada anda yang mempunyai impian untuk menyaksikan sendiri keindahan alam dari tempat tinggi seperti gunung dan sebagainya, pastikan anda ikuti langkah ini untuk menangani perasaan gayat. Yang penting, perlu sentiasa fokus dan berani!

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Gaya Hidup Mon, 12 Nov 2018

Menurut Kajian, Pelajar Malaysia Paling Hormat Kepada Pengetua Berbanding 35 Negara Lain

Rakyat Malaysia memang mempunyai nilai sahsiah yang baik!

Gaya Hidup Sat, 25 Aug 2018

5 Kegunaan Kulit Timun Yang Patut Anda Tahu

Kulit timun boleh halau semut!

Featured Mon, 20 Apr 2020
Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

5 Pencuci Mulut Yang Tak Ganggu Diet!

Demi mendapatkan berat badan dan bentuk badan menawan, ramai yang sanggup tahan selera daripada menikmati makanan kegemaran seperti pencuci mulut ataupun pemanis mulut. Hrmm… sebenarnya tindakan itu tidak betul. Anda boleh makan kek, aiskrim, puding […]

Featured Mon, 1 Jul 2019
Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Featured Wed, 11 Mar 2020

PUNB perkenal pelbagai pakej pembiayaan bantu usahawan wanita

Inisiatif termasuk usahawan terjejas akibat COVID-19

Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Gunakan Dapur Gas Biasa Pun Boleh Untuk Buat Kuih Gebu Dan Rangup, Ini Caranya

Hasilkan biskut raya hanya dengan bakar atas dapur gas sahaja!