Categories: Gaya Hidup

Jika Anda Kempunan Makanan Malaysia Di Seoul, Cari Lelaki Sabah Ini. Gerenti Hilang Homesick

Ketika seronok menikmati makanan Korea yang halal serta authentic di Seoul, tak sah kalau anda tak rindukan masakan Malaysia.

No problem! Duzy Noramzamnas Abdul Aziz yang berasal dari Sabah tetapi kini menetap di Seoul sejak dua tahun lalu, boleh bantu!

Seperti sesiapa yang mula menetap di negara asing, lelaki yang menggelarkan dirinya dengan nama Ben ini telah mengalami masalah mencari makanan halal di ibu kota republik ini.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, dia buka bisnes nasi lemak di bandar Itaewon supaya pengunjung Malaysia tidaklah terasa homesick sangat.

Rupa-rupanya, nasi lemaknya bukan saja popular di kalangan orang Malaysia di sana tetapi juga orang tempatan serta pengunjung negara asing seperti dari Jepun, China, Netherlands dan Perancis! Wow!

Foto: Facebook Ben Duzy

Pada mulanya, Ben menjual nasi lemak melalui penghantaran je, tapi kini perniagaannya berkembang ke sebuah gerai kecil (“Nasi Lemak Berlauk Panas”) bertempat di rooftop Itaewon Guesthouse.

Nasi Lemak Ben dijual dengan harga 5,000 won (lebih kurang RM18). Tambah sikit duit untuk menikmati sotong, kerang, ayam atau telur.

Foto: Facebook Ben Duzy

Kalau makan panas-panas, gerenti sedap! Anda juga boleh enjoy pemandangan Seoul dari rooftop guesthouse sambil tu.

Foto: Facebook Ben Duzy

Anda mungkin tertanya-tanya, dari mana datangnya ramuan seperti ikan bilis, cili dan kupang untuk Ben memasak nasi lemaknya.

Bahan-bahan itu boleh didapati di pasar basah seperti di Noryangjin Market. Ramuan seperti belacan, asam jawa dan santan pula boleh dibeli di pasaraya-pasaraya di Itaewon, sebuah bandar di Seoul yang mempunyai komuniti Islam terbesar di Korea Selatan.

Selain mencari rezeki di perantauan, Ben juga mengharumkan nama negara dengan menyebarkan rasa masakan Malaysia.

Setelah jatuh cinta dengan budaya Korea, Ben kini menyediakan perkhidmatan tour guide untuk pengunjung Malaysia. Apa yang best ialah anda akan gerenti dapat makan makanan halal!

Jadi kalau anda terasa homesick ketika di Seoul, cari Ben di Itaewon. 

Sumber: Have Halal Will Travel, Facebook Ben Duzy

Ad Ops