Comelnya Anak Datuk Siti Nurhaliza!

Gambar bayi comel yang merupakan anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tersebar di laman sosial sebentar tadi!

Bukan main gembira lagi bila gambar bayi yang dipangku seorang wanita itu akhirnya boleh ditatap oleh jutaan peminat penyanyi tersohor itu.

Walau bagaimanapun, suami kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar berikut.

“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan.

“ Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,” katanya kepada BH Online sebentar tadi.

Dalam masa sama, Khalid memberitahu nama Fatimah Az-Zahra itu hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya.

Penyanyi berusia 39 tahun itu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

SGMS Faida