Categories: Gaya Hidup

Jurufoto ini guna benda biasa sebagai aksesori, hasilnya menakjubkan!

Untuk menghasilkan gambar yang benar-benar cantik dan sempurna, tidak semestinya jurugambar atau sesiapa sahaja yang berminat dengan bidang fotografi perlu menggunakan peralatan atau peralatan yang mahal-mahal. 

Bersandarkan kreativiti dan bakat, bahan-bahan biasa yang boleh dijumpai di sekeliling kita pun sudah cukup untuk dijadikan nilai tambah  untuk ‘menghidupkan’ gambar yang ingin dihasilkan.

Itulah apa yang dilakukan oleh Kai Böttcher, seorang jurugambar dari Jerman, yang memuat naik di laman Instagram foto-foto potret wanita.

Dikepilkan bersama adalah gambar ‘sebelum dan selepas’ yang menunjukkan bagaimana dia menukar latar belakang yang biasa-biasa kepada sesuatu yang menarik perhatian.

Anda juga boleh melihat apa yang dia gunakan sebagai peralatan untuk merakam gambar. Rata-ratanya ia merangkumi bahan-bahan yang murah dan mudah didapati.

Contohnya, tengok gambar di bawah. Geser gambar untuk ketahui bagaimana ia diambil. Jangan lupa tonton videonya, ya!

“Kadangkala alat-alat yang harganya kurang daripada RM10 sudah cukup untuk mewujudkan corak dan kesan pencahayaan yang menarik,” kata Kai menurut Insider

Di bawah ini ada banyak lagi gambar-gambar contoh di Instagram Kai yang menunjukkan momen ‘sebelum’ dan ‘selepas.’

Kai memang ada menggunakan perisian suntingan foto termasuklah Adobe Photoshop untuk mengubah skim warna dan pencahayaan di dalam gambarnya. Tetapi selalunya dia lebih suka mencari inspirasi daripada perkara yang biasa.

“Apabila saya terjumpa suatu cahaya, objek atau latar belakang yang menarik, saya akan cuba untuk menyelitkannya ke dalam gambar saya setakat mana yang boleh,” katanya.

 

Kai kadangkala menangkap gambar subjeknya di kedai peralatan pejabat atau logam. “Saya biarkan kreativiti saya diinspirasikan daripada pelbagai jenis benda harian. Jika saya bekerja dengan model, idea dan hasil kreativiti itu datang secara spontan.”

“Cari inspirasi daripada benda-benda yang ada di sekeliling anda.”

 

Menarik, bukan? Bijak!

Anda boleh tengok lagi bakatnya dalam merakam gambar potret di laman Instagramnya. Manalah tahu, mungkin anda boleh mendapat inspirasi daripadanya.

 

Kai berkata lagi bahawa di dalam era yang mana telefon pintar mampu menangkap imej berkualiti tinggi, anda tidak perlu melabur untuk peralatan yang mahal-mahal. Sekurang-kurangnya bukan serta-merta.

“Terutamanya bagi anda yang baru ingin menjinak-jinakkan diri, saya menyarankan anda pelajari teknik-teknik asas dalam pencahayaan dan komposisi terlebih dahulu dengan kamera yang murah atau telefon pintar. Apabila sudah mahir barulah anda boleh membeli alat yang lebih mahal.”

Selamat mencuba!

Ad Ops