Categories: Gaya Hidup

Kasut Kahwin Paling Mahal Bernilai RM5 Juta. Cipta Book Of Records!

Bila planning nak menamatkan zaman bujang, banyak perkara yang perlu dipersiapkan! Tidak kiralah daripada segi fizikal mahupun mental.  

Begitu juga dari segi persiapan untuk majlis perkahwinan, semuanya amat penting untuk diambil kira. Dari segi pelamin, makanan, baju pengantin dan sebagainya. Kasut juga antara item yang perlu ada sebagai pelengkap kepada hari bersejarah ini. 

Baru-baru ini, sebuah kasut bersaiz 4 inci tinggi yang direka oleh syarikat Lewré Bespoke dengan kerjasama syarikat barang kemas, Cartivia Italy adalah kasut yang paling mahal yang pernah dicipta di Malaysia. 

Kasut yang dicipta khas ini menggunakan sutera Italian T. Rasso, dihiasi dengan 88.88 gram emas putih 18 karat dan 1188 biji berlian bernilai RM5 juta!

Foto: Era.je

Foto: Era.je

Foto: Era.je

Dengan terciptanya kasut ini, ia telah menempatkan namanya dalam Malaysia Book of Records sebagai kasut kahwin paling mahal di Malaysia. Kasut ini juga direka khas untuk dipakai oleh Pengarah Pembangunan Malaysia Book of Records, Gillian Ooi.

Melalui video yang dimuat naik oleh laman The Malaysia Book of Records, Ooi berkata sebagai pengarah syarikat berkenaan, dia ingin menjadi contoh untuk menggalakkan orang ramai untuk mencipta rekod.

Sumber: Facebook

tex_admin