Categories: AcaraGaya Hidup

Konsep Experience of The Future meriahkan Hari Turun Padang McD

Daging garing keemasan dilapisi keju keping, ditaburi salad segar serta jeruk zukini rangup adalah antara rasa yang menyempurnakan keenakan burger Bic Mac yang sering menjadi pilihan ramai apakala melangkah ke premis makanan segera Mc Donald’s (McD) di seluruh negara.

Bagaimanapun, ada ketikanya anda terpaksa beratur panjang untuk membuat pesanan dan mungkin perlu menunggu beberapa minit lagi bagi mendapatkan pesanan yang dibuat.

 

Terkini, McD melancarkan konsep baru dinamakan Experience of The Future (EOTF) yang membolehkan pelanggan membuat tempahan dan menerima pesanan dalam masa singkat dan tidak perlu menunggu lama.

Perkhidmatan dwi kaunter membolehkan pelanggan membuat pesanan dan mengambil makanan di kaunter berasingan apabila nombor pesanan mereka terpampang di skrin. Foto: AFENDI MUHAMMAD.

Lima konsep baru EOTF yang diperkenalkan itu ialah:

  1. Perkhidmatan hidangan ke meja –  makanan dihidangkan oleh Guest Experience Leader (GEL) ke meja pelanggan
  2. Kiosk layan diri (SOK) – pelanggan membuat pesanan sendiri dan menyesuaikan hidangan mengikut kegemaran masing-masing
  3. Perkhidmatan dwi kaunter yang membolehkan pelanggan membuat pesanan dan mengambil makanan di kaunter berasingan apabila nombor pesanan mereka terpampang di skrin.
  4. Kemudahan transaksi tanpa tunai, bagi membolehkan pelanggan menggunakan kad debit atau kredit untuk pembayaran.
  5. Papan menu digital yang memaparkan menu dan promosi terkini, serta sebagai rujukan mudah ketika membuat pesanan di kaunter dan
  6. WiFi berkelajuan tinggi untuk manfaat pelanggan yang sentiasa berhubung.

Sehubungan itu, sempena pelancaran konsep  baru ini, Hari McD Turun Padang turut diadakan untuk rakan niaga, kru dan Hijab & Heels antara media yang dijemput untuk merasai sendiri ‘momen menggembirakan setiap kali melangkah masuk ke McD.’

Perkhidmatan hidangan meja dilancarkan McD memudahkan pelanggan menjamu selera. Foto: AFENDI MUHAMAD.

Pada acara ringkas selama dua jam di McD Bandar Baru Bangi itu, H&H didedahkan dengan rutin ‘sehari dalam kehidupan’ kru restoran McD yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang datang untuk menjamu selera di premis berkenaan dengan memanfaatkan kemudahan disediakan menerusi konsep EOTF.

Kiosk layan diri McD mempercepatkan urusan pesanan yang mahu dilakukan pelanggan. Foto: AFENDI MUHAMMAD.

Kami diberi tunjuk ajar menggunakan kiosk layan diri yang memudahkan pelangan untuk menjalankan transaksi tanpa tunai, jadi mereka tidak perlu risau sekiranya tidak membawa wang untuk membeli hidangan yang ditawarkan di McD.

Gambar hiasan. Sumber: AFENDI MUHAMMAD.

Perkhimatan hidangan meja ke meja dan dwi kaunter juga memudahkan urusan pelanggan kerana mereka tidak perlu beratur menunggu untuk mendapatkan makanan yang dipesan, sebalik ada petugas yang akan menghantar pesanan atau nombor mereka akan dipanggil untuk mereka mengambil pesanan.

Apa kata anda cuba sendiri pengalaman mudah dan cepat ini di mana-mana cawangan McD yang menyediakan perkhidmatan ini, pastinya urusan menjamu selera anda bersama rakan mahupun keluarga lancar dan menggembirakan.

Shaidah Shafie