Categories: Gaya Hidup

Petua rawat demam dengan telur rebus, ramai dah cuba dan ianya berkesan!

Gundah-gulana hati ibu bapa dibuatnya apabila si kecil diserang demam panas.

Lebih merisaukan apabila suhu badan tidak turun walaupun sudah diberi ubat yang disarankan oleh doktor, apatah pula apabila keadaan si kecil kelihatan semakin baik, tiba-tiba badan kembali panas.

Biasanya kalau panas berulang, masyarakat sering mengaitkan kononnya si kecil disampuk! Wallahualam…

Sebagai ibu bapa, anda perlu berikhtiar apa cara sekalipun. Jika ubat doktor tidak menjadi, mungkin boleh cuba alternatif ini iaitu dengan menggunakan telur rebus.

Ramai yang sudah cuba petua ini dan rata-rata mereka mengatakan ianya berkesan. Namun Hijab&Heels tertarik dengan perkongsian seorang wanita di Facebook yang hanya dikenali sebagai Bini Redza.

Ini cara beliau merawat anaknya yang dipanggil Bambam seperti dikongsi dalam laman berkenaan:

 

1. Dua biji telur direbus dan dikupas kulitnya. 

Foto: sinar.my

2. Bungkus dalam kain lampin macam bunjut sup. 

Foto: sinar.my

3. Mohon jangan geli. Golekkan bunjut berkenaan ke seluruh badan termasuk kepala. Ulang sehingga setengah jam dan hasilnya…Potong telur itu perlahan-lahan jika hendak melihat hasilnya… Uishhh geli menggerutu bahagian dalamnya! 

Foto; sinar.my

4.    Golekan kedua sudah kurang hasilnya, bahagian yang menggerutu pun makin kurang dan ajaibnya kuasa Allah badan Bambam sudah tidak panas… malah menjadi sejuk. Alhamdulilah terima kasih Allah.

Foto: sinar.my

Nampaknya tidak susah manapun cara penulis ini merawat Bambam. Anda juga boleh mencubanya di rumah tambahan pula sekarang ini cuaca tersangatlah panas, gejala demam panas pun semakin meningkat.

Mudahan perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba!

 

 

Sumber: Sinar

 

Yanie Baharom