Categories: Gaya Hidup

Spaghetti RM5 Je? Biar Betul? Apalagi Jomlah Serbu!

Anda boleh nikmati spaghetti dengan hanya membayar RM5. Tak percaya? Jom lapangkan waktu anda dan kunjungi restoran The Humble Chef yang terletak di Bukit Damansara.

Boleh dikatakan range setiap menu berharga dalam lingkungan RM5 ke RM15. Meskipun ramuan dalam hidangannya tidaklah semewah mana namun rasanya boleh tahan, layan… Ditambah pula suasana kafe yang menarik dan terletak di kawasan elit Bukit Damansara, mana nak sangka harga makanan di sini murah-murah?

Foto: vkeong.com

Bercerita mengenai The Humble Chef, pada awalnya ia bermula sebagai perniagaan food truck sekitar Bukit Damansara atau nama glamournya Damansara Heights.

Foto: vkeong.com

Ia menyediakan pelbagai jenis hidangan spaghetti, dari Bolognese kepada Alio Olio, Pesto dan Carbonara. Kesemuanya berharga RM5 dan ada boleh memilih topping yang disukai seperti udang, ayam, daging lembu dan kambing.

Foto: vkeong.com

Sekiranya satu hidangan tidak mencukupi, anda boleh makan dua pinggan tanpa rasa guilty kerana harganya baru RM10. Selain variasi spaghetti, anda juga boleh mencuba laksa goreng yang beresensikan taste asam laksa di mana rasanya lebih enak berbanding spaghetti.

Foto: vkeong.com

Apa yang menariknya laksa goreng ini dihidangkan dengan dua pilihan, sama ada daging atau seafood. Bagi mereka yang diet atau memilih hidangan ringan, boleh cuba sup cendawan yang juga berharga RM5. Tentang rasanya pula, ia seperti makan di rumah apatah lagi ramuan sup mushroom ini sememangnya homemade.

Foto: vkeong.com

Beralih kepada hidangan sandwic pula, ia boleh didapati dengan harga RM2.50 setiap satu. Manakala dua pencuci mulut yang ditawarkan di sini, Puding Roti Kacang Merah dan Chocolate Brownie, juga dijual sekitar harga sama.

Sumber: vkeong.com

Yanie Baharom