Gaya Hidup By: Ad Ops March 17, 2020 @ 11:24am

Tiada arahan berkurung, hentikan pembelian panik!

Penduduk Malaysia mula membuat pembelian panik pada Isnin berikutan kebimbangan kes wabak COVID-19 yang meningkat secara mendadak. Sebagai rekod, Malaysia sudah mencatatkan jumlah keseluruhan kes individu yang dijangkiti wabak berkenaan sebanyak 553 orang setakat petang Isnin.

Kebanyakan orang awam berpusu-pusu ke pasar raya dan kedai runcit pada Isnin untuk memberi barangan keperluan asas seperti beras, makanan dalam tin, makanan kering, susu, lampin pakai buang, serta kertas tisu tandas sebagai bekalan gara-gara panik dengan penularan berita kononnya negara akan melaksanakan perintah berkurung atau lockdown.

pembelian panik covid 19

Kredit gambar: BeritaHarian.sg

Tinjauan di beberapa pasar raya utama sekitar Puchong mendapati keadaan sesak dengan pengunjung dan kebanyakan rak-rak dilihat kosong terutama di bahagian beras, telur, mi segera, air botol, makanan dalam tin serta minyak.

Barisan beratur untuk membayar juga panjang dengan pelanggan membeli barangan keperluan asas dalam kuantiti yang banyak.

Dalam pada itu, kerajaan pada Isnin memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

pembelian panik covid 19

Kredit gambar: Berita Harian

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Menerusi perutusannya, Muhyiddin berkata, rakyat tidak perlu bimbang mengenai bekalan bahan keperluan asas yang tidak mencukupi, kerana beliau akan memastikan semua bekalan mencukupi untuk kegunaan semua.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.

pembelian panik covid 19

Kredit gambar: Berita Harian

“Saya juga telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuat kuasa.

“Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. Ia adalah tanggungjawab bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019
#tilljannah Sat, 10 Dec 2022

Ajak Mandi Hujan, Dai Syed Akur Layan Ragam Hana Ismail

Pendakwah selebriti, Dai Syed dan isteri, pengacara Hana Ismail terus menjadi tumpuan warganet selepas mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.   View this post on Instagram   A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_) Menerusi […]

Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Peminat Salted Eggyolk Mesti Cuba Resipi Ayam Goreng Oleh Chef Cilik Danish Harraz Ini

Salted eggyolk croissant dah biasa sangat, jadi anda kena try makan dengan dengan ayam goreng pula. Gerenti rasa power!

Featured Thu, 26 Sep 2019
Gaya Hidup Tue, 27 Nov 2018

Ayuh Sejenak Membaca Kisah Ini Bersama Anak Anda, Agar Mereka Tahu Betapa Bertuahnya Mereka

Sedih melihat foto seorang kanak-kanak dipukul oleh majikannya hanya kerana dia keletihan. Kejamnya dunia!

Featured Mon, 20 Apr 2020
Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018

Ini Cara Untuk Mengenalpasti Saiz Permaidani Yang Perfect Untuk Rumah Anda

Yelah, kenalah sesuai dengan saiz ruang yang ada dan kedudukan perabot anda.

Gaya Hidup Wed, 13 Feb 2019
Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019

Apakah jenis kulit muka anda dan cara mengetahuinya?

Antara ciri-ciri untuk mengenalpasti jenis kulit anda