Gaya Hidup By: Ad Ops March 21, 2018 @ 5:01pm

Tips Penting Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Sindrom Down. You Can Do It!

Anda dikurniakan dengan anak yang ada Down Syndrome? Jangan bersedih! It’s not the end of the world!

Walaupun mereka mempunyai Sindrom Down, mereka tetap anak anda.

Foto: researchfeatures.com

Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Sindrom Down ialah sebuah penyakit keturunan yang disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21, yang terdapat pada seorang kanak-kanak.

Nisbah kejadiannya ialah satu dalam setiap 800 kelahiran. Risiko untuk mendapat anak Sindrom Down akan menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

Sempena World Down Syndrome Day yang jatuh pada hari ini, ini tips-tips ringkas tentang apa yang anda perlu tahu untuk membesarkan kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down ini.

1. Menyusu bayi anda selama yang boleh

Bayi Sindrom Down agak lemah bila nak menyusu, jadi mereka akan perlukan pertolongan dari segi itu. Dengan cara ini juga, para ibu boleh membantu dalam tumbesaran minda anak-anak mereka.

2. Berikan anak anda makan dengan makanan berkhasiat

Otak bayi merangkumi 60% lemak, dan bayi Sindrom Down perlukan sebanyak pertolongan dari segi tumbesaran minda yang mungkin. Pakar paediatric mengesyorkan bayi diberi makan avokado pada umur 6 bulan dan ikan salmon pada umur 7 bulan. Diet yang asli dan bebas dari perisa tiruan ialah paling penting untuk kanak-kanak yang mempunyai sistem saraf yang sensitif. Ingat ya, dalam banyak-banyak organ dalam badan, otak adalah organ yang paling sensitif terhadap nutrisi tak sempurna.

3. Pastikan anak anda fit

Isu kesihatan yang paling utama di kalangan kanak-kanak Sindrom Down ialah obesiti ketika muda serta dewasa, yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit lain, seperti arthritis dan kencing manis. Kebanyakan kanak-kanak ini tidak berupaya untuk control selera mereka. Selain itu, anda perlu mendedahkan anak anda kepada aktiviti sukan secepat mungkin. Berenang ialah aktiviti yang paling sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down.

4. Cari keistimewaan mereka

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan masing-masing yang membolehkan mereka terserlah di mata orang lain. Pastikan anda tahu apa bakat anak anda dan cuba sedaya upaya untuk mengasahnya. Sebenarnya ramai kanak-kanak Sindrom Down mempunyai bakat unik dan tersembunyi yang pasti akan membuat anda kagum. Tambahan pula, pujian yang mereka terima akan memberikan impak kepada harga diri mereka.

5. Cari sistem persekolahan yang paling sesuai

Walaupun ada sekolah khas untuk kanak-kanak Sindrom Down, guru-guru atau tenaga pengajar di sana tidak semestinya mempunyai belas kasihan yang sama seperti anda. Jadi anda perlu betul-betul pilih institusi yang sesuai supaya anak anda boleh membesar dengan elok berdasarkan keupayaannya.

Foto: www.bernardinai.lt

Sama seperti membesarkan anak yang normal, di setiap peringkat akan ada cabarannya. Itulah sebabnya para ibu bapa juga perlu banyak membaca tentang penyakit ini supaya anda bersedia. Lagi banyak anda tahu tentang Sindrom Down, lagi bagus. Jadi teruslah menimba ilmu.

Jika anda tidak pasti dengan cara-cara yang anda gunakan, cubalah dapatkan sokongan moral oleh ibu bapa lain yang melalui situasi yang sama.

Apa-apa pun, anda perlu banyak bersabar. Berikan banyak sokongan dan kasih sayang kepada anak anda kerana itulah apa yang mereka perlukan.

Sumber: www.askdrsears.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian […]

Featured Wed, 3 Apr 2019

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Guna Buih Pembersih Peribadi

Formulasi daripada bahan semula jadi mampu memelihara kesihatan Miss V.

Gaya Hidup Fri, 22 Mar 2019
Featured Fri, 3 Jan 2020

Adab memotong kuku, antara mitos dengan sunah

Ketahui cara betul yang disarankan dalam Islam

Featured Wed, 4 Jul 2018

Ketahui Manfaat Minum Air Suam Untuk Kesihatan

Perbanyakkan minum air suam untuk kesihatan anada.

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Featured Fri, 22 May 2020