Acara By: Fatin Nurain March 7, 2023 @ 5:30pm

12 Tahun Tinggalkan Dunia Pengacaraan, Sharifah Shahirah Ingin Jadi Diri Sendiri

Pelakon, pengacara dan pelawak, Sharifah Shahirah atau Shiera bersedia untuk mengendalikan acara berprestij TV3, Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) yang bakal diadakan pada 12 Mac ini.

Bakal mengendalikan program tersebut bersama ibu saudaranya, pengacara Sherry Alhadad, Shiera menyatakan dirinya ingin menjadi diri sendiri biarpun sudah 12 tahun meninggalkan dunia pengacaraan.

Kali terakhir Shiera muncul sebagai pengacara ketika mengendalikan program TV3 iaitu Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 bersama Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak.

“Saya tak tahu kerja dia macam mana, saya rasa daripada dulu sampai sekarang ni masih sama. Bila tengok pengacara yang ada pun, saya rasa Insya-Allah bolehlah.

“Kalau nak terima, terimalah. Kalau tak ada apa-apa yang perlu saya cakap, saya takkan cakap. Sebab mereka selalu cakap ‘saya artis kurang cerdik’.

“Tapi saya masih di sini dan ada yang berterima kasih juga pada saya kerana menghiburkan mereka. Saya tak kisah jika nanti digelar apa-apa sekalipun, perkara itu tidak akan mendatangkan cela kepada mereka tapi terima kasih kerana memberitahu saya.

“Dari segi persediaan saya akan cuba sehabis baik sebab saya dah tanamkan untuk jadi diri sendiri untuk bagi semua orang suka,” katanya.

Pertama kali mengacarakan program besar dengan Sherry, Sheira turut meluahkan rasa teruja dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencipta keserasian bersama.

“Alhamdulillah, kali ini TV3 terbuka hati panggil saya semula. Dapat pula mengacara dengan Sherry. Kami ada pertalian darah di mana bapa Sherry dan nenek saya adalah adik beradik.

“Dahulu kami bergandingan tetapi dalam program yang tidak popular. Sekarang, Alhamdulillah dalam program popular.

“Sudah lama saya kenal Sherry. Jadi, saya tiada masalah (bekerja dengan Sherry). Sebenarnya, saya tiada masalah mengacarakan majlis dengan siapa pun. Saya suka ikut pasangan dan saya akan jadi diri sendiri,” katanya.

Tonton Anugerah Drama Sangat bakal berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran di TV3, jam 9 malam, pada 12 Mac 2023, Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Apr 2021

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun. Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat. Malah, Fhan,

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

WTF is on Neelofa’s Head?!

Is this the new fashion trend?

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Putus Cinta, Dina Nadzir Mengakui Pernah Murung?

Semoga tahun 2020 ini, Dina akan berjumpa dengan pasangan hidup!

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Kena Kecam Netizen? Saya Tak Kisah’- Reen Rahim

Pelakon yang terkenal dengan watak Kak Su dalam Pujaan Hati Kanda ini memberitahu lebih selesa menjadi diri sendiri. 

Trending Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

四叶草朱主爱拍广告!豪华移动化妆车全程侍候

「四叶草」朱主爱自去台湾发展后极少在东南亚曝光,日前特返马拍广告且获得厂商以巨星待遇接待。

Acara Fri, 1 Apr 2022

Celebrity Superstar Asia 2022 Cari Bakat Baharu!

Pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 bakal dianjurkan oleh Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy. Program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak dan uji bakat secara atas talian

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Uqasha Kekwat Atau Mangsa Keadaan?

Baguslah Uqasha, dia nampak semakin matang dalam menangani isu atau kontroversi yang timbul. Dia juga tidak melatah walaupun dikecam netizen dan kelihatan tenang sahaja. Mungkin betul kata orang, pengalaman mendewasakan seseorang. Keep it up Uqasha!

Trending Wed, 21 Feb 2018

SERENA WILLIAMS “HIDUP SEMULA”

Menurut Williams, jahitan pembedahan caesarean terbuka kerana batuk teruk akibat embolisme.

| Live TV