80,000 Helai Terjual Dalam Masa Satu Hari, Fazura Sebak Gara-Gara…

Pelakon, penyanyi, model dan usahawan, Fazura, 37, bersyukur apabila tudung dibawah jenamanya iaitu Koleksi Merdeka yang baru sahaja dilancarkan kini sudah habis terjual dalam masa satu hari sahaja.

Perkara tersebut dikongsi Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin menerusi ruangan instagram storynya pada Jumaat.

Malah, menerusi video berdurasi 26 saat yang dimuat naik semula oleh saudara @hafiznassir di laman tiktok miliknya itu, Fazura kelihatan sebak dan mengalirkan air mata sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka di luar sana yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.

“Terima kasih sebab anda semua dah pun dapat membantu 4,000 peniaga-peniaga kecil dibawah Faz, yang hilang mata pencaraian atau yang mungkin suaminya hilang kerja dan sebagainya. So, terima kasih kepada semua yang dapat membantu mereka.” Katanya.

Terdahulu, Fazura telahpun mengeluarkan sebanyak 10 reka bentuk tudung Koleksi Merdeka dibawah jenama @tudungfazura.

@hafiznassirPaham tak sedih ?????? 😭😭😭 @fazuraofficial♬ original sound – HafizNassir

Salma Syahbuddin