Categories: Trending

Raih Emas Pertama Buat Negara, Bonnie Siap Pecah Rekod Paralimpik Bagi Acara Powerlifting

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin melakukan angkatan menakjubkan apabila menghadiahkan emas pertama buat negara pada hari keempat bagi acara Sukan Paralimpik Tokyo 2021 pada Sabtu.

Lebih mengagumkan, atlet kelahiran Serian, Sarawak ini  turut memecahkan rekod Paralimpik yang dipegang peserta dari Iraq, Rasool Mohsin pada Rio 2016 dengan angkatan 228 kilogram (kg) dalam percubaan ketiganya pada hari pertama sukan berkenaan berlangsung.

 

Bagaimanapun, Bonnie tidak berjaya memecah rekod dunianya sendiri iaitu 230 kg yang dilakukan pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas. Namun, gagal melakukan angkatan seberat 231 kg dalam percubaan keempatnya.

Terdahulu, Bonnie bermula cemerlang dengan melakukan angkatan pertama seberat 217 kg dan terus mengekalkan prestasi luar biasanya dengan bebanan 225 kg dalam angkatan kedua sebelum melengkapkan angkatan terakhir dengan penuh bergaya bagi memecahkan rekod Paralimpik.

Apapun, tahniah diucapkan sekali lagi buat Bonniekerana beraksi cemerlang  pada sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Salma Syahbuddin