Categories: HiburanSelebriti

Ijam Majid Tampil Dengan Lagu Patriotik

Bersempena Hari Kebangsaan yang ke-64, penyanyi Ijam Majid melancarkan single terbaru berjudul Nagaku Wara Wara Nia.

Tajuk yang unik ini sebenarnya mempunyai maksud tersendiri. Nagaku Wara Wara Nia membawa erti Negaraku Warna Warna Dunia.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Hans dan Dika ini mengisahkan tentang perpaduan, keunikan, kebudayaan dan kemajuan di Malaysia.

Sesuai dengan peredaran masa, Malaysia kini sudah mewarnai seluruh dunia tidak kira dari segi sukan, pendidikan, pelancongan, ekonomi dan lain-lain.

Ijam tampil dengan lagu berkonsepkan progresif rock istimewa untuk rakyat Malaysia dan dengan lagu ini, Ijam berharap semua rakyat Malaysia bersatu padu membina semangat untuk Malaysia dan merasa bangga menjadi anak Malaysia.

Lagu Nagaku Wara Wara Nia juga boleh di dengar di semua digital platform antaranya Spotify, Joox, KKbox, Deezer, YouTube dan juga di iTunes.

Padin