“Saya Akan ‘Stay’ Sini 28 Hari..” – Kaka Azraff Tak Mahu Pantang Di Rumah

Kalau kebanyakan ibu baru bersalin berpantang di rumah, berbeza pula dengan penyanyi Bukan Hal Aku ini.

“Saya akan ‘stay’ di sini 28 hari. Nak tengok rutin harian, boleh tengok di IG Story saya ya?” kata Kaka Azraff yang memilih berpantang selama 28 hari di sebuah pusat khidmat penjagaan, di sini.

Menurut anak saudara Ratu Rock Ella ini, dia memilih untuk berpantang di sini sebab mahu mendapatkan penjagaan berpantang yang terbaik untuk diri sendiri dan anak.

“Selalunya kita dengar ibu baru bersalin berpantang di rumah dan ada kala bidan khusus datang memantau, tapi saya teringin untuk rasai sendiri pengalaman berpantang di sini,” katanya turut ditemani suami selama 28 hari di situ.

Kaka yang baru melahirkan bayi lelaki seberat 2.7 Kilogram pada 11 Oktober lalu, dia dan suami, Adam Azriff menamakan anak sulung mereka Aslan Adam.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.

Oleh: Guy Masaki

Del14