Tasha Shilla Tukar Angin, Bakal Berlakon Di Luar Pula?

Pelakon jelita, Tasha Shilla memaklumkan dia bersiap sedia merangka strategi untuk menembusi pasaran lakonan antarabangsa.

Kata Tasha ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin Kebangsaan 2019 (ASK 2019), dia mahu membuktikan bakat lakonannya mampu diketengahkan di negara asing. 

“Saya rasa bukan saya sahaja yang bercita-cita untuk berlakon dalam filem atau drama peringkat antarabangsa. Semua pelakon inginkan perkara sama.

“Saya mempunyai beberapa kenalan yang bergiat aktif dalam industri lakonan di negara lain. Perbincangan telah dilakukan untuk merealisasikan hasrat saya ini cuma saya tidak mahu mengumumkan sekarang. Masih terlalu awal. Tiba masa sesuai saya akan beritahu media dan peminat,” katanya kepada Xtra.

Terbaharu, Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak berkata dia juga bersyukur karier seninya berjalan baik sepanjang tahun ini.

“Saya aktif berlakon balik sejak dua tahun lepas. Insha Allah saya mahu fokus bercakap kepada hal kerja sahaja selepas ini,” kata pelakon yang menyerlah dalam drama, Kau Yang Pertama ini.

Semoga terus sukses, Tasha! 

Oleh: Fas

SGMS Faida