Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 20, 2023 @ 7:45pm

ABPBH 35: Bell Ngasri Kenang Perjalanan 36 Tahun Dalam Industri – “Macam-Macam Orang Kata Seperti Tiada Masa Depan”

Pelakon, pelawak, dan pengacara Bell Ngasri mengakui perjalanan kariernya selama lebih 36 tahun adalah sesuatu tempoh yang lama dan bukan sesuatu yang mudah.

Tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri, 43, turut mengagumi hasil kerja keras rakan seperjuangannya.

“Kita tahu siapa yang lebih popular. Kita tahu bagaimana aura rakan-rakan saya yang hebat lain. Tapi saya rasa apa-apa pun, saya tak impikan tawaran yang mengalahkan rakan-rakan saya.

“Sahabat-sahabat saya yang tercalon semuanya hebat. Tak kira lah Johan, Zizan Razak, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli. Saya sayang sangat pada mereka walaupun perjalan karier saya bermula tidak ada kena mengena dengan mereka pada awal tahun 1986.

“Saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi hari ini. Ia perjalanan yang lama, ada suka dan duka, bermula daripada umur 6 tahun, hanya 6 tahun sahaja hidup saya tak bekerja,” kongsinya.

Kongsi Bell lagi, antara liku-liku yang perlu ditempuhnya adalah cakap-cakap orang yang mempersoalkan kerjaya sebagai seorang yang bergelar anak seni.

“Perjalanan seni saya dah lebih 36 tahun, ada juga pernah berkata ‘sampai bila nak jadi pelakon? Sudahlah’. Macam-macam orang katakan seperti tiada masa depan tapi Alhamdulillah Allah kurniakan rakyat Malaysia yang sayangkan saya.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepada pengarah-pengarah yang saya pernah bekerja bersama kerana saya dapat membesar sehingga ke hari ini.

“Saya masih berada di dalam industri ini, kadang-kadang saya tekejut apabila rakan-rakan anak saya kenal saya walaupun kerana ‘Yak Yak Yeay’, itulah zaman sekarang,” kata abang kepada pelakon Darling Ngasri dan Anne Ngasri ini.

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 disiarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur di TV3 dan strim langsung melalui platform Tonton, mulai jam 9 malam, esok.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bell Ngasri Sakan ‘Kempen’ Undi ABPBH 35, Bakal Belanja Orang Utara Makan…Siap Ada Poster Lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bell Ngasri Terharu Jumpa Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung Yang Undi Di ABPBH 35! – “Inilah Fan Club Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

CSOIAM: Jimi Hargai Doa Yusry Untuk Bersaing Di Pentas AJL, Rancang Keluar Single

Persembahan duet bersama Misha Omar di CSOIAM dipuji, Jimi rancang strategi masuk AJL

Featured Fri, 2 Dec 2022
Trending Fri, 27 Sep 2019

Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan..

Hanya kerana lambat seminit dan bukannya disengajakan

Featured Fri, 6 Feb 2026
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Gelagat Anna Jobling & Meerqeen Nyanyi Sambil Pakai Pyjamas Sedondon Raih Perhatian

Umum mengetahui, pasangan serasi drama Anna Jobling dan Meerqeen sedang berada di set penggambaran drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini. Artike Berkaitan: Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’ […]

Cahaya Mata Tue, 20 Sep 2022

“Saya Dengan Intan Sangat Takut” – Harris Alif Tak Berani Tinggal Anak Dengan Pembantu Rumah

Alamak kenapa pulak tu? Tapi min setuju jangan tinggalkan anak sendirian dengan pembantu je..

Featured Tue, 13 Jul 2021

“Binatang Pun Sayang Anak..”- Kanak-Kanak OKU Didera Dengan Kejam, Ramai Tuntut #JusticeForBella

Tular di media sosial mengenai kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Berita tersebut mulai tular apabila kisah itu dikongsikan oleh Mona Din yang juga seorang usahawan di laman Facebook beliau. […]

error: Content is protected !!