ABPBH 35: Ernie Zakri Terharu Diumum Top 10 Undian Keseluruhan Anugerah Bintang Popular – “Tak Pernah Sangka, Terima Kasih Sudi Undi…”

Penyanyi jelita, Ernie Zakri meluahkan rasa terharu apabila namanya diumumkan dalam senarai top 10 undian tertinggi anugerah keseluruhan Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-35.

Menerusi hantaran di Instagram, isteri kepada penyanyi, Syamel itu mengakui tidak pernah menyangka namanya akan berada di senarai tersebut.

“Muka ada senyum.. terima kasih banyak yang sudi mengundi Kak Ninie sehingga sampai top 10 undian keseluruhan ABPBH.

“Wow! Tak pernah sampai dalam fikiran ada yang sudi mengundi kita tau.. Tapi kita silap, ada yang sudi rupanya. Masya-Allah, thank you so much semua,” tulisnya.

Sementara itu, pelantun lagu popular berjudul Ku Bersuara ini menyerahkan segalanya kepada rezeki Allah SWT.

“Ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak ada, it’s okay. Kita cuba lagi okay? Terima kasih banyak-banyak, teruskan mengundi lagi. Sayang semua,” akhirnya.

Selain Ernie, sembilan selebriti lain yang turut berada di top 10 ABHPBH ke-35 undian keseluruhan adalah Aina Abdul, Anna Jobling, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Pada ABPBH 35 tahun ini, Ernie dicalonkan dalam kategori penyanyi wanita popular dan artis kolaborasi/duo/berkumpulan popular iaitu gandingan bersama suaminya, Syamel yang popular menerusi lagu Aku Cinta.

Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi, Baby Shima dan ramai lagi.

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 akan dipentaskan di panggung seni utama negara, Istana Budaya pada 21 Julai, Jumaat depan dan penaja utama, oleh Fellera Skin.

Aqilah Paharuzi