#ABPBH31: Khai Bahar Teringin Menang Kategori Sama Lagi

Baru saja tampil dengan single terbaru berjudul #123, Khai Bahar sentiasa mencari kelainan dalam memastikan karier seninya kekal relevan. 

Tak hairanlah nama Khai sekali lagi tercalon dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke 31.

Namun begitu, penyanyi berusia 24 tahun ini menyerahkan nasibnya kepada peminat dan tidak meletakkan harapan tinggi.

“ Nama tercalon sekali lagi dalam Penyanyi Lelaki Popular pun sudah membuatkan saya gembira.

“ Ini menunjukkan kehadiran saya di dalam industri seni masih diterima peminat. Walaupun sedar saingan kali ini sengit, saya teringin ulang kejayaan seperti tahun lalu,” katanya.

Pelantun lagu Luluh ini pernah memenangi kategori yang sama pada Anugerah Bintang Popular 3.0, tahun lalu.

“ Saya serahkan kepada peminat untuk menentukan sama ada saya masih layak menjulang trofi atau sebaliknya. 

“ Kalau sekali lagi memang, saya tujukan kemenangan itu buat mereka yang tidak pernah jemu mengundi,” akhirinya.

Jangan lupa tonton ABPBH 31 pada 7 Oktober ini di TV3 ya! 

SGMS Faida