#ABPBH31: Sokongan Peminat Buat Syafie Bersemangat

Pelakon drama Tiket Cinta,  Syafie Naswip bersyukur namanya membolosi senarai 20 calon awal kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31.

Namun begitu, Syafie atau nama lengkapnya, Mohd Shafie Naswi berkata dia gembira namanya masih belum tercicir dalam pencalonan awal namun dalam masa sama dia tidak menaruh harapan tinggi untuk membolosi Top 5.

” Alhamdulillah, jika rezeki tertulis untuk saya berada dalam Top 5. Memiliki peminat yang menyokong kerjaya seni tanpa henti sudah membuatkan saya bersyukur.

“ Sokongan mereka memberikan saya semangat untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syafie yang sedang menjalin cinta dengan pelakon Aishah Azman ini juga sibuk di set penggambaran drama, Mocha Kau Bahagia untuk siaran TV3.

Dalam masa sama, dia juga terlibat dalam penggambaran filem terbaru lakonannya, Polis Evo 2 yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.

SGMS Faida