Hiburan By: Padin June 22, 2022 @ 8:04pm

“Ada Bonjolan Seperti Tulang Terkeluar…” – Sarimah Ibrahim Bakal Jalani Pembedahan Tulang Kaki

Akibat sering menggunakan kasut tumit tinggi, pengacara berkaliber, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dirinya bakal menjalani pembedahan tulang kaki.

Mengalami kesakitan di bahagian kaki, Sarimah bakal menjalani pembedahan terbabit sebelum hujung tahun ini di hospital pakar ortopedik, ALTY Orthopaedic Hospital, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

“Sebagai seorang selebriti, sudah pastinya kerjaya saya memerlukan untuk tampil dengan menggayakan kasut tumit tinggi. Apabila kerap memakainya, sudah pasti kaki akan sakit. Jadi selama 26 tahun, memang tiada masalah, hanya sakit kaki seperti biasa.

“Namun, saya mendapati kaki sebelah kanan saya seperti tak normal. Ada bonjolan seperti tulang terkeluar. Masalah ini membuatkan saya tak boleh berdiri lama. Kadang-kadang, tulang belakang dan leher pun rasa sakit,” katanya.

Sarimah ditemui di majlis bersama media sempena pengumuman Sarimah sebagai duta kesihatan ALTY Orthopaedic Hospital baru-baru ini.

Mahu menyelesaikan masalah yang dihadapinya, pelantun lagu Kini Kau Tiada itu bertemu dengan Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Trauma, Dr Suresh Siva di hospital terbabit.

“Selepas itu, saya mendapati ada hospital yang memang khas untuk rawatan ortopedik dan saya ke sana. Saya bertemu dengan pakar dan berbincang untuk melakukan pembedahan sebelum hujung tahun ini.

“Apabila dilantik menjadi duta kesihatan untuk hospital ini, saya rasa teruja kerana sebagai selebriti, saya bertanggungjawab untuk berkongsi informasi perihal kesihatan dengan peminat dan orang ramai.

“Saya tampil dengan video YouTube dengan lapan doktor pakar berbeza membincangkan mengenai informasi dan penyakit mengenai tulang. Saya berharap saya dapat memberikan input yang berguna kepada orang ramai,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Sep 2019
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

E! News Digs Indonesian Singer-Songwriter Tulus’ Secrets to Staying Primed

Another week, another hot episode from E! News! And just like how they on do every Monday, E! News is bringing you the latest news in fashion and beauty. In this week’s episode, an Indonesian […]

Hiburan Fri, 6 Jan 2023

Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Selamat pengantin baharu, Syamsul & Ira.

Featured Thu, 10 Nov 2022
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Justin Bieber Disaman kerana Posting Gambar Sendiri?

Posting gambar diri sendiri pun boleh disaman!

Events Fri, 11 Mar 2022
Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Fri, 15 Nov 2019