Hiburan By: Padin January 2, 2024 @ 5:24am

Intai Pasaran Antarabangsa Kembang Bisnes, Shuib Masih Mahu Aktif Dalam Dunia Seni – “Ada Yang Boleh Saya Jayakan, Ada Juga Terpaksa Tolak”

Melalui 2023 dengan pelbagai kenangan pahit manis, pelawak dan usahawan Shuib mahu memberikan fokus terhadap kerjaya sebagai ahli perniagaan pada tahun 2024.

Biarpun tidak lagi bergelar penyampai radio, Shuib tidak melupakan bidang seni yang melonjakkan namanya dan mengambil keputusan untuk menerima tawaran bersesuaian jadual.

“Tahun 2024 saya menumpukan lebih fokus terhadap bisnes. Banyak perkara saya nak buat, membuka Restoran House of Patin Melaka adalah salah satunya.

“Berundur diri sebagai penyampai radio dan mahu fokus bisnes bukan bermakna saya terus senyap dalam industri seni. Saya masih aktif, cuma mungkin ada tawaran yang saya boleh jayakan dan ada yang terpaksa saya tolak kerana kekangan masa dan kerja.

“Kini, setiap minggu saya ada kerja di luar daerah kerana menguruskan bisnes. Saya sedang dalam perancangan untuk melebarkan sayap lagi dalam bidang perniagaan tetapi industri seni itu memang tak akan saya lupakan. Jika kena dengan jadual, pasti akan saya jayakan,” kata Shuib.

Mahu memberikan fokus berganda terhadap perniagaan yang diusahakan, Shuib mahu mengembangkan cabang bisnes ke luar negara, bermula dengan negara jiran.

“Saya teruja kerana kini saya dalam perancangan untuk mengembangkan bisnes Bubblebee ke luar negara. Antara negara yang sedang kami intai ialah Thailand, Singapura dan Brunei, Insya-Allah. Banyak yang perlu saya lakukan kerana saya sudah merancang untuk memajukan bisnes ini sejak tahun lalu.

“Bukan mudah tetapi saya suka cabaran, saya suka kemenangan dan saya suka bermula bawah. Untuk membina jenama bukanlah mudah, tapi saya gemarkan pengalaman dan cabaran itu. Jadi jika jenama yang saya bangunkan menjadi, ia menjadi kepuasan,” katanya lagi.

Bercerita mengenai Restoran House of Patin Melaka, restoran yang sudah dibuka selama sebulan ini menerima respons yang baik pengunjung.

“Restoran ini saya usahakan bersama dua orang rakan kongsi. Ia terletak di Kampung Hulu, Melaka. Di tempat yang sama sebelum ini, kami mengusahakan restoran lain namun ia telah menjalani proses penjenamaan semula dan lahirlah Restoran House of Patin Melaka.

“Setakat ini, sambutan yang kami terima amat baik. Kami menyediakan pelbagai hidangan lazat yang mesra dengan semua golongan, tak kira orang biasa atau mereka yang mahukan sesuatu yang agak mahal.

“Seperti semua orang tahu, ikan mempunyai banyak jenis, ada yang murah, ada yang mahal dan kami menyediakan hidangan yang mesra poket. Jika mereka mahukan sesuatu yang mampu milik dan lazat atau hidangan yang mahal, kami menyediakannya dan menjaga kualiti menu yang kami sajikan,” katanya lagi.

Majlis perasmian Restoran House of Patin Melaka disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Saya Dapat Jemputan, Tapi…” – Beto Kusyairy Sahkan Turut Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Ramai juga yang tidak hadir untuk malam gala Mat Kilau di Indonesia hari ni..

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Pemfitnah Bersemuka – “Rasa Ada Individu Di Sebalik…”

Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau – Shakilla Khoriri

Trending Wed, 4 Jul 2018

Najib Razak Sudah Dibebaskan?

Najib dilihat telah meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih kira-kira jam 3.30 petang tadi

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Kalau Mahu Pertikai Kemenangan Saya, Ambillah Piala Itu” – Alyah

Ini adalah rezeki Allah SWT. Malu kita sebagai orang yang duduk dalam kategori nasyid itu untuk tidak percaya perkara tersebut – Datin Alyah