Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain December 8, 2022 @ 12:40pm

Minta Bantuan Umie Aida, Rupanya Dai Syed Malu Nak Berkenalan Dengan Hana Ismail

Setelah hampir seminggu mendirikan rumah tangga, penceramah selebriti Dai Syed mendedahkan detik permulaan kisah percintaan bersama pengacara, Hana Ismail.

Menerusi video yang tular di TikTok, Syed menyatakan hasratnya untuk berkenalan dengan isterinya, Hana menerusi bantuan pelakon Datin Seri Umie Aida.

Syed juga menyatakan dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya terlebih dahulu untuk meminta pendapat sebelum mula menegur Hana di Instagram.

“Ketika itu saya cakap dekat kak Umie yang saya berkenan dengan seseorang tapi saya malu nak cakap ketika itu dan saya cakap Hana.

“Sebelum tu saya ada tanya mama saya dahulu, saya rasa saya malu nak berkenalan dengan Hana sebab takkanlah dia nak balas mesej saya. So, mama saya cakap tanya jelah kalau dia dah ada takpelah dan suruh saya cuba,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan kepada Umie niatnya untuk berkenalan dengan pengacara tersebut bukanlah sekadar itu sahaja tetapi ingin menjadikannya sebagai isteri.

“Saya cakap kat dia saya nak berkenalan dengan Hana,  tapi bukan saya nak berkenalan saja-saja tapi nak terus berkahwin dengannya,” kongsinya.

Menurut Syed, dia telah bertemu Hana beberapa kali di majlis ilmu yang dikunjunginya di rumah pelakon itu, namun setiap kali berjumpa dia berasa isterinya itu istimewa.

“Saya dah tengok dia ni lama dah. Bukanlah sebulan dua. Bila saya pergi majlis ilmu rumah Kak Umie Aida, bila berselisih dengan dia saya rasa macam ada current, ada sparks.

“Sejujurnya, bila saya berlakon dengan mana-mana wanita, pergi event jumpa dengan artis perempuan, pelakon ke penyanyi ke saya tak rasa begitu.

“Bila dengan Hana ni saya rasa macam ada sesuatu padanya setiap kali bertemu. Jadi saya pun berhasrat untuk cakap kat Kak Umie Aida, yang saya nak berkenalan dan berkahwin dengan dia,” katanya.

@daisyedfans part(1) kisah cinta ♥️#daisyed #hanaalmauzah #perjalananjodoh #daisyed #fypシ ♬ Piano Sedih – kucing tetangga

ARTIKEL BERKAITAN: Lucu! Gelagat Dai Syed & Hana Ismail Buat Peminat Single Cemburu – “Malasnya Nak Bernafas…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Ikut Trend TikTok Hitung Hari Bahagia… Telatah Dai Syed & Hana Ismail Buat Peminat Cair

ARTIKEL BERKAITAN: Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Fri, 28 Jan 2022

Bekas Pengetua Maahad Tahfiz Terlibat 15 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ya Allah, teruknya perangai! Ni patut kena rejam ni….

Featured Thu, 14 Dec 2023
Trending Sat, 5 Jun 2021
Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Events Mon, 17 Dec 2018
Featured Wed, 19 Mar 2025

Gagal Tahan Sebak, Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Abang Viva… Enggan  Buka Aib – “Saya Hargai Dia”

Kata Eva, dia dan abang Viva atau nama penuhnya, Azwan Omar tidak bermusuh apatah lagi mahu membuka aib-aib masing-masing di media sosial.

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Sabar Menanti Jodoh…

Sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya…

Featured Tue, 8 Mar 2022

“Sebenarnya Lagu Ini Bukan Typical Love Song, Tetapi..” – Marsha Dedah Maksud Disebalik Lagu Cinta

Sangat deep makna lagu Cinta pada Marsha Milan 🥲 Apakah maksud lagu Cinta pada anda semua? 😉🤩

error: Content is protected !!