Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 24, 2024 @ 2:00pm

“Ada Wajah Yang Kita Tak Mahu Berpisah Tapi Terpaksa Melepaskannya” – Datuk Red

“Ada perkara yang kita tidak mahu ia berlaku, tetapi kita terpaska menerimanya, ada perkara yang kita tidak mahu tahu tapi kita terpaksa mempelajarinya, dan ada wajah yang kita tidak mahu berpisah, tapi kita terpaksa melepaskannya,”.

Itu antara kata-kata daripada Datuk Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sehari sebelum dia melafazkan talak kepada bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik di TikTok.

Perkongsian itu tular semula dan dikongsikan di platform TikTok sejak awal pagi tadi selepas laporan mengenai berita perceraiannya bersama Adira diumumkan.

Menerusi perkongsian tersebut, Datuk Red turut menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah takdir yang maha esa.

Dan, sebagai seorang manusia, dia reda atas ketentuan Tuhan sekaligus menganggap ia adalah ujian untuk melatih dirinya menjadi insan yang lebih baik.

“Ada perkara yang kit atidak mahu ia berlaku, tetapi kita terpaska menerimanya, Ada perkara yang kita tidak mahu tahu tapi kita terpaksa mempelajarinya, dan ada wajah yang kita tidak mahu berpisah, tapi kita terpaksa melepaskannya.

“Siapa kita untuk menentang takdirnya, jika keterpaksaan itu dapat melatih dan mengajar kita tentang reda… Maka, laluilah ia walaupun terpaksa,” ulasnya.

 

Menjengah ke ruangan balas video berdurasi 46 saat itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar kehidupan Datuk Red dipermudahkan kelak.

“Datuk Red jangan sedih, moga dipermudahkan urusan.

“Saya hadir dekat video ni lepas tahu Abang Red dan Adira dah berpisah.

“Semoga dipermudahkan urusan Datuk dan Adira. Aamiin.

“Sedihnya! Saya tengok video ni lepas Datuk Red cerai.

“Trust the process. Insyaa-Allah semua akan baik-baik sahaja.

“Bukan mudah nak hadap benda yang kita tak mahu hadap..tapi tu la jalan yang telah diaturkan buat kita.. Moga ada sinar,” komen netizen.

Terdahulu, Datuk Red dan Adira sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor.

Difahamkan, ketika prosiding berlangsung Datuk Red kelihatan sayu manakala Adira kekal tenang.

Sekadar info, hasil perkahwinan selama 9 tahun, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

ARTIKEL BERKAITAN:Adira Suhaimi Sah Bercerai Dengan Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:”Bagi Saya Peluang Untuk Berdiri Balik” – Datuk Red Mohon Dua Isteri Tarik Semula Tuntutan Cerai

ARTIKEL BERKAITAN:“Takut Mereka Pandang Serong Lepas Saya Dah Conteng Arang” – Datuk Red Gementar Beraya Bersama Keluarga Adira, Syukur Dapat Beri Nafkah Isteri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 2 May 2019

Lenovo Legion Just Got Some Savage Upgrades

New technology with some crazy new upgrades,

Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Featured Tue, 13 Sep 2022

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Adoii… dah 2022 pun masih ada yang dengki dengan kejayaan orang lain 😑

Featured Fri, 13 Dec 2024
Featured Wed, 4 Feb 2026

“Tak Perlu Blur Muka Saya” – Mahu Lihat DJ Kidd Bekerja, Emma Maembong Mengaku Masuk Kelab Malam

Emma Maembong mengaku individu yang dimaksudkan sebagai ‘Pelakon Wanita Popular Di Kelab Malam’

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Kau Dah Buat Yang Terbaik Untuk Andre Mikhail, Aku Doakan Allah Peluk Kau”- Azhan Rani Titip Kata Semangat Buat Amyza Aznan

Pelakon, Azhan Rani tampil menitipkan kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Amyza Aznan susulan pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, pada Isnin.

Featured Tue, 8 Apr 2025
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

“Tak Salah Kan Berniaga?” – Zara Zya

Nampaknya, manusia sekarang makin tenat. Asyik dengki je kan

error: Content is protected !!