Hiburan By: Del14 November 28, 2019 @ 10:47pm

Aeril dan Wawa Adakan Majlis Memperkenalkan Jantina Dan Umum Nama Bayi Ketiga

Mesti berdebar-debar perasaan pelakon popular dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang bakal menerima kedatangan  ahli keluarga terbaharu mereka awal Disember ini. 

Aeril dan Wawa yang berkahwin pada 2013 mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar (6) dan Haylaa Maghfiratul Adzkiyaa (4) dan mereka bakal menerima seorang lagi cahaya mata perempuan yang sudah pun dipilih namanya. 

“Sebenarnya, bila-bila masa sahaja anak ketiga kami boleh ‘keluar’ tetapi doktor menjangkakan Wawa bakal bersalin awal bulan hadapan.

“Kami juga sudah mempunyai nama untuk anak ketiga kami yang diinspirasikan ketika kami melancong di Turki.

“Nama Ayya Soffya dipilih ketika kami berkunjung ke sebuah masjid di sana. Masjid itu sangat cantik jadi kami tertarik dengan nama itu,” kata Aeril. 

Dalam pada itu, Wawa bersyukur kerana tidak mengalami mabuk-mabuk atau masalah lain sepanjang kehamilan ketiga ini. Malah dia masih boleh aktif bekerja. 

“Alhamdullillah, semuanya baik-baik sahaja. Saya sangat aktif menguruskan bisnes Wawa Cosmetics ketika sedang hamil dan semua urusan dipermudahkan. 

“Saya percaya anak adalah rezeki dan saya berharap anak kami dilahirkan dengan sempurna dan selamat, InshaAllah,” ujar Wawa. 

Memetik laporan sebuah portal, pasangan ini telah melancarkan produk terbaharu mereka dari Wawa Cosmetics Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla, sempena nama kedua-dua cahaya mata perempuan mereka di samping mengadakan majlis memperkenalkan jantina bayi kepada umum di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal di Damansara Perdana pada Rabu. 

View this post on Instagram

? boy or girl? #wawabundleofjoy

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

“Kita Ni Bukan Elok Sangat” – Noorkhiriah Jawab Komen Samakan Diri Beliau Dengan Beruk

Kak Noorkhiriah cantik okay! Tolong jangan samakan manusia dengan haiwan ye.

Hiburan Sat, 28 Dec 2019
Hiburan Wed, 29 May 2019

High Heels VS Sneakers, Mana Satu Pilihan Ara Johari?

Ara juga belum bercadang tampil dengan imej berambut panjang memandangkan selesa dengan imej begini.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Thu, 14 Jun 2018
Featured Fri, 4 Mar 2022

#RoadToAJL36 – Persembahan Paling Win Sepanjang AJL

Wow! Masih hangat ‘membara’ persembahan AJL yang lepas kan

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Sun, 19 Aug 2018

张学友巡回门票902开卖!只限800位购票者

歌神张学友即將在10月5、6和7日,晚上8时,重返吉隆坡AxiataArena展开一连三场的《A Classic Tour》巡回演唱会;门票将于9月2日开卖!

error: Content is protected !!