“Ah!!Sakitnya..Kenapa Bukan Andy, Jasmin?”- Netizen Kecewa Tengok Ending Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin yang ditayangkan di slot drama Pukul 6 TV3 akhirnya menemui episod akhir.

Ternyata, plot drama ini yang agak unik berjaya menyingkap kisah cinta yang tidak terlalu tipikal mampu mencuri hati para penonton.

Bukan sahaja plot drama yang unik malah sinematografi astetik drama ini turut membuatkan para penonton setia mengikuti sehingga ke akhir episod.

Namun, ada segelintir penonton meluahkan rasa kecewa apabila plot drama ini menyaksikan hero kedua lakonan Riz Amin yang akhirnya bersatu dan dipilih oleh watak heroin, Jasmine.

Walaubagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa mencintai itu tidak semestinya memiliki  kerana watak utama iaitu Andy  kekal bujang selamanya bersesuaian dengan tajuk drama Single Terlalu Lama.

Reaksi para penonton juga bercampur baur apabila watak Jasmin dilihat memilih hero kedua iaitu Dan.

Apa pendapat korang pasal ending drama ini? Kalau belum tengok jangan lupa tonton kembali siaran ini di TV9 slot Diandra hari Isnin hingga Khamis jam 8:30 malam bermula hari ini!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”