Hiburan By: SGMS Faida June 17, 2019 @ 10:10am

Aliff Aziz Merayu Nak Rujuk Balik Dengan Bekas Isteri?

Selepas pernah meluahkan isi hati mahu kembali kepada bekas isteri pada Mei lalu, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, sekali lagi melakukan luahan sama di laman sosial Instagram miliknya, awal pagi tadi.

Dalam status terbaru itu, Aliff menulis mengenai tarikh pernikahan dia dan Bella Astillah pada 9 September 2016.

“Salah satu hari paling magis dalam hidup saya di mana Allah merahmati saya dengan wanita paling hebat untuk saya berkongsi hidup.

“Dalam tahun-tahun yang penuh dengan kebahagiaan dan kesedihan, turun dan naik, dia sentiasa bersama saya.

“Jika saya mampu memutar balik masa, ada banyak perkara saya akan ubah dan melakukan perbezaan,” tulisnya.

Katanya, dia akan memberi yang terbaik pernah diberikan tapi dia sedar inilah akibatnya kerana tidak mengambil endah masa dan rahmat Allah kurniakan.

“Apabila tiba masanya, barulah saya sedar apa yang sudah dilakukan dan sebagai manusia biasa, kita pasti akan kembali kepada Allah apabila dunia kita mula berkocak dan hilang segalanya.

“Tapi inilah ‘panggilan’ daripada Allah untuk saya sedar betapa jauhnya saya daripada jalan yang benar,” tulis Aliff lagi.

Dia turut menyifatkan Bella sudah memberi yang terbaik sejak kali pertama mereka bertemu.

Dia berkata bekas isterinya itu sentiasa berada di sisinya ketika dia berada dalam fasa paling atas dan bawah dalam hidup.

Aliff turut mendoakan semoga Allah merahmati bekas isteri kerana menyifatkan Bella sebagai istimewa.

“Terima kasih juga kerana melahirkan anak kita, Ayden Adrean sebagai tanda cinta kita.

“Saya perlu memperbaiki hubungan dengan Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang dan mampu mengubah hati kita. Saya harap awak sekeluarga selalu dirahmati dan dilindungi,” tulisnya.

Aliff juga menyedari status dimuat naiknya itu akan mendapat pelbagai reaksi tapi mendakwa kata-kata diluahkan itu datang dari hatinya.

Dia juga berdoa semoga Allah menyatukan mereka kembali dan menjadikan dia suami dan bapa terbaik selepas ini.

“Jodoh pertemuan di tangan Allah, walau apa pun orang cakap, hanya awak saja yang tahu siapa diri saya. Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya,” tulisnya meminta masyarakat mendoakan yang baik-baik buatnya.

Aliff dan Bella disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas beberapa siri kecurangan penyanyi kelahiran Singapura itu menjadi bualan peminat.

Oleh: Endy Ashaari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

孙燕姿曝与老公维系婚姻秘诀:知道过分就道歉

孙燕姿昨日(17日)现身台北举办新专辑“首印会”,她透露自己和老公维系婚姻的祕诀,“其实我们都有自知之明,知道自己太过份,就道歉!”

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Ruhainies Lega Dapat ‘Green Light’

Ruhainies merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Hiburan Tue, 2 Apr 2024

Penuhi Hasrat Ibu, Sherry Alhadad Beraya Seminggu Di Kuching

Bestnya beraya kat kampung halaman! Sherry raya Sarawak, korang raya mana? 🥰

Hiburan Sat, 20 May 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

“Lawa Gila!” – Netizen Puji Rupa Paras Qadejah Anak Aliff Syukri

Anak perempuan kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra yang semakin menginjak dewasa berjaya mencuri perhatian ramai dengan kecantikan semula jadi. Terbaharu, tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Qadejah di laman TikTok memaparkan […]

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

周杰伦「惊喜现身」任贤齐演唱会?

早前因电影拍摄增胖至100公斤的任贤齐,成功在来马开唱前甩肥肉“这趟行程我只能吃鸡胸肉和青菜”;而演唱会更是邀请到「超级巨星」九孔,一人分饰周杰伦、费玉清和Mc HotDog,闹翻全场。