“Allah Maha Baik!” – Perjuangan & Penantian 11 Tahun Kini Berhasil, Elyana Kini Bebas Kanser

Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi berita gembira apabila kanser limfoma yang dihidapinya selama 11 tahun itu akhirnya telah hilang.

Pelantun lagu Kalis Rindu itu berkongsi berita gembira terbabit menerusi hantaran di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!

“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.

“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang. Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!! I love u Ya Allah,” tulisnya.

“Alhamdulillah, Semoga Allah permudahkan…”

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata rakan selebriti dan peminat beliau menitipkan kata-kata positif dan gembira dengan berita yang dikongsikan kerana ia sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi bagi pejuang kanser di luar sana.

 

Salma Syahbuddin