Categories: FeaturedTrending

Gara-Gara Cinta Ditolak, Gelandangan Ini Nekad Bakar Kereta Wanita

Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki gelandangan membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada Selasa.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.20 pagi itu disedari oleh jiran mangsa sebelum memaklumkannya kepada wanita berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, hasil soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian pihaknya dapat mengesan suspek.

“Suspek yang juga gelandangan berusia 29 tahun itu ditahan di Bandar Kinrara, Puchong pada hari sama.

Tiada rekod jenayah lampau

Tegasnya lagi, hasil siasatan polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

Malah, suspek mengakui bertindak membakar kereta wanita terbabit selepas tidak berpuas hati apabila cintanya ditolak sejak setahun lalu.

Suspek kini direman lima hari sehingga 10 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

 

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin