Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 17, 2022 @ 9:37am

Amar Baharin Tak Tumpang Tuah Amyra Rosli – “Saya Tetap Suami Yang Kena Bagi Nafkah”

Biarpun sudah lama tidak muncul dengan drama di TV3, pelakon Amar Baharin menganggap tiada istilah menumpang tuah isterinya, Amyra Rosli yang kini merupakan pengacara program Nona.

Menurut Amar, kedua-dua mereka memang sudah mencipta kerjaya sendiri semenjak sebelum berkahwin dan kini adalah masa untuk mereka mencipta karier masing-masing.

Kali terakhir Amar terlibat dengan program TV3 adalah pada tahun 2016.

“Last saya berlakon untuk TV3 tahun 2016, tapi saya tak berhenti berlakon, cuma lebih aktif berlakon untuk stesen lain. Tapi saya memang tak pernah berhenti berlakon.

“Saya rasa lepas kahwin ni, tak adalah tumpang tuah. Masa kahwin pun dua-dua dah dalam industri. Amyra create dia punya karier, saya ada saya punya part dan kami bantu each other.

“Bukanlah tumpang tuah, sebab saya tetap suami yang kena bagi nafkah kepada isteri, Amyra pula isteri yang kena jalankan tanggungjawab dia,” katanya kepada XTRA.

Perkongsian tersebut didedahkan oleh pelakon lelaki itu ketika ditemui di sidang media secara maya untuk drama Biarkan Ia Pergi yang bersiaran di TV3 baru-baru ini.

Pelakon lelaki itu juga menganggap kemunculan pelapis baharu dalam industri perlu diberi peluang untuk mereka menempa nama dalam industri lakonan.

“Lagipun sekarang ni banyak wajah baru yang menempa nama menerusi TV3. Bagi saya, itu peluang bagi mereka. Saya pun pernah melalui fasa itu.

“Jadi impak tu pun sampai sekarang masih ada which is bagus untuk profile dan karier untuk bekerja dengan TV3,” katanya.

Amar juga turut meluahkan rasa terujanya untuk mencipta fenoma tersendiri menerusi drama Biarkan Ia Pergi gandingan bersama Isyariana itu.

“Bila diberi peluang untuk bekerja di bawah TV3 lagi sekali kita memang looking forward untuk buat yang terbaik,” katanya.

Saksikan drama Biarkan Ia Pergi menerusi Slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

ARTIKEL BERKAITAN: 13 Tahun Dalam Industri, Amar Baharin Titip Pesan Buat Pelakon Baharu – “Kalau Attitude Out…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Abang & Eda Ezrin Didakwa Miliki Pil Kuda, Ini Respons Jaa Suzuran – “Susah Nak Jelaskan, Kami Sekeluarga Hanya Mampu Berdoa”

Jaa Suzuran enggan mengulas lebih lanjut insiden yang terjadi terhadap abang dan kakak iparnya, Eda Ezrin.

Featured Mon, 15 Jan 2024

Gara-Gara Skandal Rumah Tangga, Shuk Sahar Dedah Kereta Pernah Kena Ludah

Tapi ramai juga yang back up makcik tu kata padan muka shuk🤭

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Fathia Latiff Ditempelak Pelakon & Pengarah Terkenal?

Micheal memberitahu Aiman juga salah seorang pelakon yang tidak pernah meminta wang pendahuluan sebelum memulakan penggambaran. Ala, kira jenis bukan berkira punya orang ya!

Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

Trending Mon, 23 Dec 2019

KWSP Mohon Maaf Insiden Pesakit Kanser Didakwa Diusung Ke Kaunter

Harap tiada lagi insiden seperti ini berulang lagi

error: Content is protected !!