Categories: HiburanSelebriti

Ameer Forteen Kini Berstatus Suami, Selamat Pengantin Baru!

Anggota kumpulan Forteen, Ameer menamatkan zaman bujang selepas selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar, semalam.

Ameer atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar turut memuat naik sekeping foto di upacara menyarungkan cincin di laman Instagramnya. 

“ Alhamdulillah…Selamat disatukan. Semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin. I love you dear, wife,” katanya ringkas.

Pasangan ini bertunang pada November lalu di dalam sebuah majlis sederhana.

Sebelum ini, Ameer memberitahu dia mengenali tunangnya menerusi laman sosial pada Ramadan tahun lalu.

Sikap Naja’a yang memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seninya membuatkan dia jatuh hati pada gadis berkenaan.

Selamat pengantin baru Ameer dan Naja’a! 

SGMS Faida